Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #PRU13 - DS Najib Akan Bubar Parlimen Bulan Depan!!!

Pages

Tuesday, January 22, 2013

#PRU13 - DS Najib Akan Bubar Parlimen Bulan Depan!!!


Penganalisis politik menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari ini.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah dirasai.

“Ramai meramalkan sekitar 17 hingga 28 Februari ini perdana menteri akan bubar Parlimen, dan PRU13 berlangsung selepas itu iaitu awal Mac.

“Hal ini dilihat sesuai kerana banyak perkara sudah sudah diselesaikan seperti hal persekolahan dan banjir juga sudah pulih. Apatah lagi tempoh matangnya juga sudah berada di penghujung,” katanya.

Menurutnya, PRU13 adalah pilihan raya paling sengit pernah dihadapi BN dan menjadi cabaran besar juga kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengekalkan kemenangan mereka di negeri yang telah dimenangi pada 2008.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga berpendapat sama iaitu PRU13 sudah hampir.

Katanya, semua pihak sudah membuat persediaan akhir dalam menghadapi PRU13.

“Seperti mana kita tahu, PRU13 adalah paling sengit dan sudah pastinya semua parti politik akan membuat persediaan sebaik mungkin.

“Begitu juga dengan anggota keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya BN masih ada kelebihan untuk menang dan mentadbir kerajaan masa hadapan.

“Bagaimanapun, PRU13 ini beri cabaran getir buat mereka, berapa jumlah kerusi dan kawasan mana yang mampu dimenangi,” katanya.

1 comment:

  1. Salam Tuan blog. Blog tuan telah saya linkkan di blog 11 saya. Saya juga minta izin supaya blog saya di linkkan di blog tuan. Link blog saya : http://ibm-akusayangumno.blogspot.com. Terima kasih.

    SELAMAT BERJUANG. ~ IBM

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...