Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Panass!!! #Wanita Berkerjaya Rela Tubuh Diratah Demi Kemewahan

Pages

Tuesday, January 22, 2013

Panass!!! #Wanita Berkerjaya Rela Tubuh Diratah Demi Kemewahan


Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan.

Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelangggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket.

Hakikatnya, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, sindiket itu tidak memaksa wanita terbabit memperdagangkan diri, tetapi hanya mempelawa dengan jaminan upah lumayan.

Mereka bergerak menerusi orang tengah atau 'ibu ayam' atau 'mami' yang akan mencari pelanggan untuk wanita terbabit. Ada mami ini sebenarnya rakan kepada wanita berkenaan, katanya kepada Bernama di sini.

"Ada wanita yang sudah biasa dengan aktivitinya ini selalunya akan memaklumkan sendiri kepada mami sekiranya mereka mempunyai waktu terluang," katanya.

Berdasarkan serbuan sebelum ini, Abdul Jalil berkata terdapat mami yang sebenarnya merupakan pengusaha salun kecantikan dan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu secara sambilan.

"Lazimnya kalau seorang pelacur memperoleh RM450, mami akan dapat komisen RM200," katanya menambah berdasarkan siasatan, seorang pelacur mengenakan caj antara RM450 dan RM800 untuk menjadi teman berhibur selama empat jam, serta minimum RM1,500 untuk hubungan seks.

Kegiatan itu yang membabitkan wanita berusia dalam lingkungan 18 tahun dan 20-an dikesan di sekitar Lembah Klang, Johor Baharu serta Pulau Pinang dan bergerak secara eksklusif, membabitkan pelanggan elit dan profesional.

"Apa pun kegiatan ini masih boleh dikira dan ia masih terkawal. Kita sentiasa jalankan risikan, pemantauan termasuk operasi dan bekerjasama rapat dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membantu wanita-wanita yang telah tersasar atau mempunyai masalah latar belakang seperti ini," katanya.

Mereka yang ditahan, sama ada terlibat atau menjadi ejen bagi kegiatan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

Statistik terkini D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 2,772 wanita tempatan ditangkap terbabit pelacuran tahun lepas, berbanding 1,801 pada 2011, iaitu peningkatan 54 peratus.

Sebanyak 42,788 serbuan dijalankan tahun lepas dengan serbuan tertinggi di Johor Baharu iaitu 8,749 serbuan berbanding 7,288 serbuan pada 2011. Ini diikuti Kuala Lumpur (8,620); Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S. Ramamurthy berkata kos sara hidup yang tinggi bukan lagi faktor utama kegiatan pelacuran dalam kalangan wanita terbabit kerana sebahagian mereka mempunyai kerjaya.

Bagaimanapun katanya ada sesetengah terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu kerana terpengaruh dengan ajakan kawan yang mempunyai kenalan lelaki kaya.

"Sekali mereka terjebak, timbul rasa suka dan faktor itu jugalah yang membuatkan mereka dengan rela hati untuk melayan termasuk melayan nafsu sendiri dan pelanggannya," katanya. - Bernama

2 comments:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...

    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...



    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...



    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, salam sejahtera. terima kasih tuan kerana sudi singgah ke blog saya. Saya telah pautkan blog tuan ke bloglist saya. mohon jasa bik tuan untuk linkkan blog saya juga http://nalurirakyat.blogspot.com terima kasih tuan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...