Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Gempar!!! #Puteri Kepada Sultan Ditangkap Khalwat?

Pages

Sunday, January 6, 2013

Gempar!!! #Puteri Kepada Sultan Ditangkap Khalwat?

Gara-gara mahu melepaskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa dalam operasi cegah maksiat sempena tahun baru, seorang wanita sanggup mengaku dengan mengatakan dia adalah puteri kepada seorang sultan.


Wanita berusia 26 tahun itu sanggup menipu sehingga begitu sekali kerana ingin melepaskan diri ketika ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat hiburan Jalan Doraisamy, Kuala lumpur.


Malah, bagi menambahkan keyakinan pihak berkuasa, wanita yang berasal dari Kapit, Sarawak itu turut mendakwa telah membuat satu laporan polis berhubung statusnya pada 3 November lalu.


Bagaimanapun, usahanya untuk menipu nyata tidak berhasil dan gagal.


Menurut Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad, keseluruhan yang dikenakan tindakan adalah 110 orang daripada kira- kira 500 pengunjung beragama Islam di pusat hiburan itu.


Katanya, mereka ditahan kerana menghalang pihak berkuasa melakukan pemeriksaan, lelaki berpakaian wanita dan sebaliknya serta minum arak.


“Kesemua yang dikenakan tindakan berusia lingkungan 20 hingga 30 an dan rata-rata berasal dari luar Lembah Klang termasuk dari Kelantan, Kedah dan Johor.


“Operasi kali kedua di Jalan Doraisamy itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam berhubung pusat hiburan yang menjadi lokasi tumpuan umat Islam setiap kali sambutan tahun baharu,” katanya yang yang dipetik dari Utusan.


Tidak sangka panjang akal juga wanita ini. Iyalah dah takut jadi macam-macam alasan yang keluar. KASIH ISA


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...