Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Panass!! Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang 'Selar' Anwar

Pages

Sunday, January 27, 2013

Panass!! Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang 'Selar' Anwar


Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamad Hafiz Nordin menggesa parti itu untuk keluar daripada Pakatan Rakyat susulan tindakan pakatan itu membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS bersabit penggunaan kalimah Allah.

Beliau mendakwa akar umbi PAS amat kecewa dengan keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf keputusan Majlis Syura bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

“Ahli PAS termasuk saya mengutamakan displin parti. Saya tidak akan tinggalkan PAS kerana perjuangan saya adalah menegakkan Islam, cuma saya lantang dan saya sanggup mewakili mereka yang tidak berpuas hati bersabit isu ini,” kata beliau.

Hafiz berkata tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh memanggil satu lagi mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengiktiraf keputusan Majlis Syura itu.

“Ia menunjukkan sejauh mana Anwar menghormati PAS sebagai parti Islam, kami amat berdukacita dengan keputusan beliau,” kata Hafiz.

Semalam, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Pakatan Rakyat hanya mengguna pakai perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Anwar berkata oleh kerana Hadi gagal membawa ketetapan Majlis Syura PAS pada 13 Januari kepada perhatian Pakatan Rakyat, pakatan itu tidak dapat mendokong keputusan badan ulama itu.

Hafiz berkata kesetiaan akar umbi adalah kepada PAS dan bukan Pakatan Rakyat kerana keahlian mereka berasaskan perjuangan Islam dan bukan keuntungan politik semata-mata.

Beliau berkata PAS, DAP dan PKR jelas gagal mencapai persefahaman jitu mengenai isu-isu agama yang menyebabkan akar umbi parti itu semakin resah.

Apa yang jelas, menurut Hafiz ialah, tidak ada semangat kesatuan diantara ahli tiga parti itu, walaupun pimpinan Pakatan Rakyat mendakwa sebaliknya.

Beliau menegaskan cara pembangkang menangani isu Kalimah Allah hanya menyerlahkan hakikat PKR dan DAP tidak berkongsi aspirasi PAS dalam soal Islam.

Justeru, katanya lebih elok untuk PAS keluar daripada Pakatan dan bertanding sendiri pada pilihan raya umum akan datang kerana ia tidak perlu berkompromi dengan prinsip-prinsipnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...