Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Kantoii!!! Wartawan Rogol #Gadis Dan Samun

Pages

Saturday, January 19, 2013

Kantoii!!! Wartawan Rogol #Gadis Dan Samun

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai petugas media sebuah stesen televisyen swasta yang bertujuan menyamun dan merogol mangsa-mangsanya.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di Kluang, Johor, kira-kira jam 7 malam, 9 Januari lalu.

Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk menjerat mangsa terutama remaja yang ingin terlibat dalam industri hiburan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja perempuan, berusia 16 tahun, 18 Disember lalu.

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, mangsa dan rakannya bertemu suspek, kira-kira jam 3 petang, di sebuah pasar raya di Kajang untuk ditemu duga sebagai pelakon tambahan.

“Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa pergi ke sebuah kedai untuk disolek. Barang-barang peribadi seperti telefon bimbit dan duit ditinggalkan bersama suspek.

“Bagaimanapun, selepas hampir beberapa jam menunggu, mangsa mendapati suspek tidak munculkan diri seperti yang dijanjikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, siasatan mendapati suspek terlibat dalam tujuh kes jenayah di negeri ini antaranya melarikan remaja bawah umur, curi, pecah premis dan rogol.

“Kita percaya suspek menjalinkan hubungan cinta sebelum menjadikan mangsanya sebagai tempat memuaskan nafsu,” katanya.

Mohd Adnan berkata, polis juga sedang menyiasat sama ada suspek menggunakan kad perakuan media semasa memperdayakan mangsa-mangsanya.

Dalam pada itu, beliau percaya masih ada wanita terutamanya remaja yang menjadi mangsa dan mereka diminta tampil bagi membantu siasatan. Sinar


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...