Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #Gadis Disebat Dan Dirogol Sebelum Dirakamkan Aksi.

Pages

Thursday, January 17, 2013

#Gadis Disebat Dan Dirogol Sebelum Dirakamkan Aksi.


Padah mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Jalan Ipoh, seorang gadis berusia 19 tahun dibelasah abang teman lelakinya dengan penyangkut baju selain kepalanya dihentak ke bucu katil sebelum dirogol lelaki berkenaan, kelmarin.

Difahamkan, abang kepada teman lelaki mangsa turut merakamkan aksi dia merogol mangsa menggunakan telefon bimbit sebelum disebarkan kepada rakannya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak untuk berjumpa dengan teman lelakinya dengan menaiki teksi.

Katanya, sebaik tiba di Jalan Ipoh, teman lelakinya membawa mangsa balik ke rumah sewanya dan mereka melepak di dalam bilik.

“Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, teman lelaki mangsa keluar membeli makanan sementara mangsa menunggu di dalam bilik.

“Kesempatan itu digunakan abang kepada teman lelaki mangsa untuk masuk ke dalam bilik dengan tiba-tiba sebelum memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengannya,” katanya.

Beliau berkata, apabila mangsa melawan, lelaki itu bertindak ganas dengan membelasah mangsa dengan penyangkut baju dan menghentak kepalanya di bucu katil hingga separuh sedar.

“Tanpa belas kasihan, mangsa dirogol dua kali hingga pengsan.

“Keesokannya, mangsa hanya sedarkan diri hasil bantuan seorang rakan teman lelakinya yang menyimbah air pada mukanya sebelum memaklumkan abang teman lelakinya sudah menyebarkan video aksi seks mangsa dirogol kepada rakannya,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang. Jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...