Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: TERKINI!! #LahatDatu SERANGAN HENDAP MUSUH DI SG NYAMUK CEDERAKAN ANGGOTA KESELAMATAN & 3 MUSUH TEWAS.

Pages

Tuesday, March 12, 2013

TERKINI!! #LahatDatu SERANGAN HENDAP MUSUH DI SG NYAMUK CEDERAKAN ANGGOTA KESELAMATAN & 3 MUSUH TEWAS.




Jam 10.34 pagi ini, Angkatan Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL 10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku di mana menyaksikan akhirnya 3 musuh telah ditembak mati manakala 2 lagi cedera.

Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM.

Dilaporkan bahawa tembak menembak masih berlaku. Berita lanjut menyusul.

Sementara itu Polis berjaya menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Bangau-bangau, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, sepasukan polis dari IPD Semporna telah menyerbu sebuah rumah selepas menerima aduan penduduk setempat yang memaklumkan terdapat individu disyaki serpihan anggota kumpulan terbabit.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian itu.


3 comments:

  1. dah meninggal anggota ATM tu al fatihah

    ReplyDelete
  2. Meninggal jatuh pokok bukan kena tembak

    ReplyDelete
  3. Alfatihah juga untuk anon 6:49 kerana jiwanya telah mati....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...