Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!!! KISAH GADIS DI'USAP' DI DALAM SEBUAH KOMUTER!!

Pages

Saturday, March 23, 2013

HOT!!! KISAH GADIS DI'USAP' DI DALAM SEBUAH KOMUTER!!



Satu lagi pengakuan kontroversi di Facebook sedang tersebar.

Pengakuan kali ini dibuat oleh seorang wanita yang telah dicabul dan diraba oleh seorang lelaki di dalam sebuah komuter.

Lelaki berkenaan telah mengusap-usap peha wanita tersebut dengan tangannya 'yang basah'.

Dek kerana insiden tersebut, wanita berkenaan tidak lagi berani berdiri di dalam komuter yang penuh dengan penumpang.

Berikut adalah pengakuannya yang telah diterjemahkan:

"Insiden ini berlaku ketika saya masih lagi di sekolah menengah di tingkatan dua. Seperti hari-hari biasa, saya akan menaiki komuter untuk ke sekolah.

"Namun, pada hari tersebut, komuter dipenuhi dengan penumpang. Seorang 'uncle' sedang berdiri sangat rapat di sebelah saya pada ketika itu. Oleh kerana suasana dalam komuter pada masa itu sangat padat, saya tidak ambil kisah mengenainya.

"Tiba-tiba, 'uncle' tersebut meletakkan tangannya di atas peha saya...saya sangat terkejut, sepatutnya saya menjerit atau menolak tangannya, tetapi saya jadi kaku dan terus membiarkan tangannya terus meraba.

"Saya sangat takut. Komuter tiba-tiba berhenti secara mengejut, menyebabkan 'uncle' tersebut tidak dapat mengawal dirinya dan jatuh ke atas saya. Mujur lelaki sebelah saya sempat menarik saya dari terus terjatuh.

"Namun sehingga kini saya masih belum dapat melupakan 'tangan basah' uncle tersebut. Saya berasa amat jijik kepada diri saya. Saya terus keluar apabila komuter berhenti.

"Saya tidak memberitahu sesiapa mengenai hal ini kerana saya berasa amat jijik. Selepas insiden itu, saya berasa takut dan trauma apabila lelaki berdiri di sebalah saya daam komuter yang penuh dengan penumpang dan saya akan cuba berdiri di sebelah penumpang wanita yang terdekat."



1 comment:

  1. Free Download HENTAI, ECCHI, GAME, MANGA

    just Click http://small-manga.blogspot.com

    UPDATE DAILY!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...