Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!!! MAMPUKAH DEVA GANTI SAMY DI SUNGAI SIPUT!!

Pages

Wednesday, March 27, 2013

HOT!!! MAMPUKAH DEVA GANTI SAMY DI SUNGAI SIPUT!!



Parlimen Sungai Siput tidak surut dengan angin dan cakap politik, tentang siapa yang bakal menerajui kepimpinan Barisan Nasional sebagai calon yang bakal menentang Vijayakumar yang mewaklili Parti Sosialis.

Kalau ditanya tentang pencapaian manusia yang mewakili Parti Sosialis itu. Jawapannya hampir keseluruhan pengundi India di Siput Siput mengenali "POSMEN" ini.

Masakan tidak sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput hampir 3kilo berat risalah,surat diedarkan kepada pengundi Sungai Siput yang mana isu-isu yang dibawanya telahpun di selesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Dan hampir tiada sumbangan yang diberikannya kepada rakyat dek kerana jarang turun kawasan dan mungkin akhir-akhir ini disebabkan ingin bertanding lagi di Sungai Siput dia kerap pula turun ke kawasan. Sehingga sampai satu tahap si Posmen ini persepsi Ahli Parlimen yang paling senang dalam Malaysia. Cuma kerjanya hanya menyampaikan apa yang dia buat dalam Parlimen sahaja.

Namun begitu, disebalik kekalutan menanti hari-hari terakhir Si Posmen sekarang bergelar Yang Berhormat bakal bergelar Yang Berbahagia, muncul individu yang bernama Devamani yg sekarang tengah kalut ke pelusuk tanah di Sg Siput berjumpa dengan rakyat. Ada yang mencanang Devamani lah Calon BN pada PRU 13 di Sungai Siput.

Seperti biasa, sudah menjadi lumrah ramai juga yang tidak berapa senang dengan Deva ni. Tiba-tiba dari cerita Dato Samy ke cerita posmen, datang pula cerita pasal Dato S.K (panggilan kampung). Mulalah perkara-perkara buruk pasal Dato S.K ni mula dicari orang. Dalam banyak-banyak bende buruk tu, satu perkara yang dirasakan tak berapa sedap, ade yang cop Dato S.K ni "memilih bulu". Ade yang kata Dato S.K ni "takde tempat dah, yang ade Sungai Siput je". Tak kurang juga yang kata "macm le hebat sangat, dulu cikgu macam aku je".

Ramai juga yang macam pening-pening lalat, sape yang nak ambil kerusi Sg Siput ni, Samy ke S.K. Kalau S.K, nape yang Samy duk kalut lagi kat Sg Siput ni. Itu ayat golongan muda. Bagi yang dah veteran sikit "kalau Dato Samy Vellu takpa, korang-korang dulu juga ada tolong sama kita" (dalam loghat orang India bercakap melayu). Kalau ditanya geng-geng yang cerahh sikit, "nanti itu olang ada jadi menteri ka?" (dalam loghat cina bercakap melayu).

Walau siapa pun calonnya, pasti ianya yang terbaik dan telah dinilai oleh Pucuk Pimpinan BN. Dan sebagai ahli parti, kesetiaan kepada parti mesti diutamakan dengan mengenepikan kepentingan peribadi. Ayuhhhh rakyat SUNGAI SIPUT, lakukan perubahan, pastikan kerusi Parlimen Sungai Siput kembali ke pangkuan Barisan Nasional!!!


1 comment:

  1. Free Download HENTAI, ECCHI, GAME, MANGA

    just Click http://small-manga.blogspot.com

    UPDATE DAILY!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...