Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!!! KETUA POLIS NEGARA BERANG ATAS TUDUHAN POLIS MUSNAHKAN DOKUMEN!

Pages

Saturday, March 23, 2013

HOT!!! KETUA POLIS NEGARA BERANG ATAS TUDUHAN POLIS MUSNAHKAN DOKUMEN!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berang apabila polis dituduh menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Sulu di Sabah.

“Tunjukkan bukti jika benar polis yang bakar dokumen orang Sulu di Sabah. Jangan buat tuduhan liar. Saya tiada masa hendak layan semua ini. Hentikanlah perkara tidak masuk akal ini,” tegas beliau semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, tindakan itu jelas bercanggah dengan akta polis dan ianya tidak pernah dilakukan oleh pihak berkuasa sejak konflik di Sabah itu bermula.

“Saya sedih dengan tuduhan sesetengah pihak. Anggota saya sudah ada yang mati, cedera ketika menentang pengganas tetapi ada lagi tuduhan buruk seperti ini. Anggota yang berada di barisan hadapan menghadapi situasi yang amat mencabar tetapi masih ada manusia yang ingat isu ini perkara main-main.

“Tanggungjawab polis untuk jaga keamanan. Saya ucapkan terima kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dan menyokong kami (pasukan keselamatan). Kami perlukan semangat patriotisme sekarang,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak sanggup mempolitikkan isu keselamatan negara dan mempertikaikan peranan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Tolong jangan isukan keselamatan negara. Kalau polis tak bagus, beri cadangan untuk penambahbaikan. Kalau pihak berkenaan ada banyak duit, berikan pada polis, tak payah saya minta dari kerajaan untuk beli lebih banyak senjata dan kenderaan.

“Saya amat bangga dengan anggota saya kerana sanggup menggadai nyawa. Kehidupan kami adalah kehidupan anda demi untuk menjadi Malaysia negara yang kuat dan maju,” katanya dengan nada tegas.

Katanya, anggota keselamatan juga menghormati mayat musuh dengan menyempurnakan jenazah pengganas yang mati ditembak namun masih ada yang menyalahkan polis dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

“Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya,” katanya.

Sementara itu di BACHOK, Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, tindakan seorang guru yang menghina anggota keselamatan dalam Operasi Daulat di Sabah merupakan kes terpencil dan tidak menggambarkan pendirian lebih 30,000 guru di Kelantan.

Beliau berkata, sebahagian besar guru di Kelantan menyokong penuh tindakan kerajaan memburu pengganas di Lahad Datu, Sabah.

“Mereka berdiri teguh di belakang kerajaan dalam mendaulatkan keselamatan negara,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, semalam.

Guru lelaki berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali itu dikatakan menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya. Dia dibebaskan sementara dengan jaminan polis, kelmarin. Dia ditahan di sebuah rumah dekat Gong Serapat, Pasir Puteh pada 14 Mac lalu.


1 comment:

  1. kalau bab guru semua orang pertahan...tapi kalau bab Polis semua orang nak tenyeh.....apa ni .....apakah polis tu bukan manusia ....cerdiklah sikit...bukan seorang guru yang hina dan perlekekh polis ramai lagi dalam FB, tweeter dan blog....awang adek kena semak semua ini jangan cakap macam budak tadika...ini bukan kes terpencil...kes besar.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...