Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Usul Tergempar Kecam Serangan #Israel Ke Atas #Gaza Dibentang.

Pages

Tuesday, November 20, 2012

Usul Tergempar Kecam Serangan #Israel Ke Atas #Gaza Dibentang.

Usul tergempar bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza dibentang di Dewan Rakyat hari ini.


Usul bertajuk 'Mengecam Serangan Kejam oleh Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza' dan mengandungi 10 ketetapan itu telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


Najib kini berada di Phnom Penh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan.


Perdana Menteri berkata serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.


Katanya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alas an bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza, dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.


Beliau berkata rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza.


Sepuluh ketetapan itu ialah antaranya mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua, kemusnahan harta benda dan infrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.


Selain itu, menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...