Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HEBAT!!! TUJUH BANDUAN IKUTI IJAZAH PENTADBIRAN PERNIAGAAN.

Pages

Thursday, November 1, 2012

HEBAT!!! TUJUH BANDUAN IKUTI IJAZAH PENTADBIRAN PERNIAGAAN.

Tujuh penghuni Penjara Kajang ditawarkan mengikuti pengajian ijazah pentadbiran perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata pengajian untuk penghuni itu adalah penting bagi mempercepat proses pemulihan mereka di samping membantu mereka mendapatkan kerja lebih baik selepas keluar penjara.


"Yuran pengajian mereka ditanggung oleh keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran kepada penghuni itu, bersempena sambutan ke 163 Hari Jabatan Penjara di Kolej Penjara Malaysia di sini Khamis.


Mereka masuk penjara kerana terbabit dalam jenayah kecil.


Abu Seman menarik perhatian bahawa bekas banduan biasanya sukar mendapat kerja dan akhirnya balik melakukan jenayah demi kelangsungan hidup.


Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan OUM, Prof Zakaria Ismail, memberitahu Bernama bahawa kehidupan penjara bukan bererti segalanya sudah berakhir buat banduan, sebaliknya ia merupakan peluang bagi mereka memperbaiki kehidupan menerusi pengajian.
-- BERNAMA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...