Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #KANTOI !!! NAK ROMEN JANGAN LA BISING-BISING, KAN DAH KENA.

Pages

Sunday, November 25, 2012

#KANTOI !!! NAK ROMEN JANGAN LA BISING-BISING, KAN DAH KENA.




AMPANG - Seorang pelajar wanita memberi alasan menumpang tidur di rumah teman lelakinya ketika ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, di sebuah pangsapuri di sini, awal pagi semalam.

Pasangan berusia 20 tahun itu ditahan bersama tiga lelaki lain di rumah sama pada jam 12.40 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, selepas mendapat maklumat penduduk, beliau bersama anggota penguat kuasa pergi ke rumah berkenaan.

“Difahamkan jiran berkenaan mahu menegur kerana keadaan bising di rumah sewa lelaki itu sehingga mengganggu ketenteraman awam sebelum mendapati terdapat seorang wanita di rumah tersebut

“Ketika disoal siasat, wanita itu yang merupakan penuntut sebuah kolej itu memberi alasan menumpang tidur kerana tandas di asramanya rosak.

Difahamkan wanita berkenaan sudah seminggu berada di rumah tersebut,” katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...