Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Pelajar Kolej Dicabul 10 Lelaki Selepas Dirompak.

Pages

Thursday, November 29, 2012

Pelajar Kolej Dicabul 10 Lelaki Selepas Dirompak.

Seorang penuntut sebuah kolej swasta dicabul sekumpulan 10 lelaki bermotosikal selepas wang tunai dan telefon bimbit miliknya dianggarkan bernilai RM3,000 dilarikan ketika sedang menunggu teksi di Kota Damansara di sini , Ahad lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, wanita berusia 21 tahun itu yang sedang menunggu teksi berhampiran stesen minyak terkejut selepas lima motosikal ditunggang 10 lelaki tidak dikenali mengepungnya.


Menurut sumber, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal dan dihalang mereka malah tiga daripada lelaki terbabit turut menghampirinya dengan bersenjatakan parang meminta dia menyerahkan barangan berharga.


Katanya, mangsa yang bimbang dicederakan akur dan menyerahkan beg tangan berisi wang tunai serta telefon bimbit. Malah dia juga merayu supaya tidak dicederakan.


"Sangkaan mangsa sebaik mereka mendapat barangan berharga itu, lelaki terbabit akan beredar namun sebaliknya berlaku apabila mereka meraba badannya menyebabkan mangsa menjerit meminta pertolongan.


"Panik dengan jeritan mangsa, kumpulan lelaki terbabit terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang berada dalam keadaan trauma. Orang ramai yang menyedari kejadian itu datang membantu dan menenangkan mangsa," katanya.


Dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Damansara untuk tindakan selanjutnya.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...