Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #NGO #Islam BIDAS DOA 'KO @BN'.

Pages

Tuesday, November 20, 2012

#NGO #Islam BIDAS DOA 'KO @BN'.

Ikatan Muslim Malaysia (Isma) menegaskan Pas tidak wajar memberi perumpamaan Umno-Barisan Nasional (BN) seperti firaun yang kejam dan zalim dalam doa selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat.


Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kalau dilihat dari segi perjuangan Umno pada hari ini tidak sama seperti firaun yang mahukan menghancurkan agama dan orang Islam.


"Pemimpin Umno juga bukan pemimpin angkuh dan tidak boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang menentang Islam.


"Mereka mentadbir dan memerintah negara ini dengan cara munasabah. Jadi, jika ada kelemahan, perlulah di doakan perkara kebaikan bukannya kehancuran," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Abdullah Zaik turut mempersoalkan mengapa sebelum ini Pas boleh menerima dan tidak mendoakan kehancuran golongan Erdogan di Turki yang mengamalkan dasar sekular.


"Jika golongan Erdogan ini berjuang dalam situasi mereka, Umno-BN pun berjuang dalam konteks situasi sebagai sebuah parti yang memimpin kerajaan berbilang bangsa," katanya.


Beliau berkata, dalam agama Islam, amalan mendoakan kehancuran dan keburukan kepada orang lain tidak boleh dilakukan termasuk kepada umat Islam sendiri.


Beliau berharap Pas kembali kepada kesederhanaan dalam berpolitik.


Sementara itu, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) pula menegaskan mana-mana parti yang berlandaskan Islam dalam perjuangan mereka tidak sepatutnya bertindak mendoakan kehancuran kepada orang lain kerana perkara ini tiada dalam nas dan Al-Quran.


Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, tindakan ini secara tidak langsung akan menggalakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu Islam.


"Doa ini memberikan pengertian yang tidak adil kepada parti pemerintah yang telah banyak menaburkan bakti kepada negara," katanya.


Beliau berharap, kedua-dua parti politik Melayu Islam perlu duduk berbincang untuk mengelakkan banyak lagi salah faham pada masa akan datang.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...