Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Puteri #Umno Rayu Wanita : 'Jangan Ambil Ahli Baru Kami'.

Pages

Thursday, November 29, 2012

Puteri #Umno Rayu Wanita : 'Jangan Ambil Ahli Baru Kami'.




Pergerakan Puteri Umno semalam merayu agar setiap wanita yang ingin menjadi ahli Umno untuk menyertai sayap Puteri dahulu, memandangkan setiap tahun sayap itu kehilangan sekitar 30,000 ahli yang melebihi usia 35 tahun setelah mereka bertukar menjadi ahli Wanita.


Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Md Yusuf merayu kepada Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya memberi "kasih sayangnya" kepada anak Wanita Umno itu memandangkan Shahrizat sebelum ini menolak cadangan tersebut.


"Kalau boleh, saya nak minta kasih sayang Kak Ijat untuk bagilah (wanita) masuk Puteri dulu... sebab kita dah bagi 30,000 (ahli) secara 'free' (percuma)," kata Shahanim kepada Malaysian Digest selepas tamat Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.


"Sebenarnya, tanggungjawab amanah tugasan Puteri yang paling hebat... apa yang saya nak katakan di sini saya nak luahkan apa yang selama ini saya pendam.


"Pergerakan Puteri setiap hari, masa dan saat kena cari ahli Puteri sebab apabila dia cecah umur 35 tahun, dia automatik jadi ahli Wanita," katanya.


Justeru, jelasnya, beliau merayu agar Wanita Umno memberi laluan kepada golongan wanita untuk menyertai Puteri Umno sebaik mencecah umur 18 tahun.


"Sebab itu kena minta merayu kepada mak kita, (minta) mereka beri kebebasan," tambahnya.


Di dalam perlembagaan Umno, syarat kelayakan umur untuk wanita menyertai sayap Wanita adalah dari usia 18 tahun ke atas manakala untuk sayap Puteri dari usia 18 tahun sehingga 35 tahun.


Apabila ahli Puteri mencecah umur 35 tahun, mereka secara automatik akan diserap ke dalam sayap Wanita.


Shahrizat dalam kenyataannya kelmarin, menolak cadangan untuk membernarkan wanita di bawah umur 35 tahun untuk hanya menyertai Umno melalui sayap Puteri.


Beliau berkata, tidak ada persaingan di antara kedua-dua sayap mengenai keahlian atau isu-isu lain, tetapi hanya mahu wanita diberi hak untuk memilih sama ada hendak menjadi ahli Wanita atau ahli Puteri.


Ketua Puteri Umno Selangor, Suhaila M Zin menyifat idea dan pemikiran golongan muda ini mampu merapati Puteri dengan generasi muda zaman kini. Bagaimanapun, harapan Shahanim itu turut disokong Ketua Puteri Umno Selangor, Suhaila M Zin yang meminta supaya usul tersebut dapat diberikan mandat supaya wanita di bawah 35 tahun menyertai Puteri dahulu.


Beliau menyifat, idea dan pemikiran golongan muda ini mampu merapati Puteri dengan generasi muda zaman kini.


"Kita memang berharap sangatlah usul ini dapat diberikan mandat untuk wanita umur bawah 35 tahun menyertai Umno melalui sayap Puteri terdahulu.


"Pada pandangan saya, kita memerlukan wanita muda dan idea yang muda untuk bersama-sama di dalam Puteri Umno merapati generasi muda," katanya.


Suhaila turut menegaskan beliau akan terus membawa usul ini setiap tahun sehingga ianya mendapat kata sepakat dan persetujuan bersama di antara Puteri, Wanita dan Majlis Tertinggi parti.


Ketua Puteri Kuala Lumpur, Zauyah Zainudin turut berharap usul itu dapat direalisasikan walaupun sukar untuk menukar perlembagaan.


Beliau menyatakan golongan tersebut haruslah diberi ruang untuk merasai keseronokkan di dalam sayap Puteri sebelum menghadapi cabaran di dalam sayap Wanita.


"Cadangan ini memang dari dulu lagi kita ada ketengahkan dan ianya mengambil masa kerana bukan senang hendak tukar perlembagaan.


"Bagus juga ada pilihan pada mereka yang rasa lebih sesuai kepada Wanita, tapi ada usaha untuk mengetengahkan umur 18 tahun automatik menjadi Puteri supaya mereka dapat 'enjoy' (berseronok).


"Sayap Puteri merupakan satu persediaan sebelum menghadapi cabaran di dalam sayap Wanita," ujar beliau lagi.


Walaupun mendapat sokongan dari peringkat akar umbi, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin menjelaskan, usul tersebut memerlukan persetujuan bersama di antara Pergerakan Wanita dan Majlis Tertinggi.


"Memang terdapat cadangan, dan cadangan ini telah disampaikan ke pimpinan di peringkat akar umbi sejak awal lagi.


"Namun di atas perbincangan kepimpinan diperingkat Wanita dan Puteri, perkara itu telah ditetapkan wanita yang berumur dibawah 35 tahun diberi pilihan.


"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan sekiranya ada cadangan untuk mengubah dasar ini dan kita kena ambil kira persetujuan Pergerakan Wanita itu sendiri," tambah beliau lagi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

























No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...