Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: TAKIYUDIN #TIBAI KARPAL ISU SALUN UNISEX.

Pages

Monday, November 26, 2012

TAKIYUDIN #TIBAI KARPAL ISU SALUN UNISEX.



"Kita melihat isu ini daripada sudut moral dan bagaimana ia boleh meruntuhkan rumah tangga seseorang tidak kira orang Islam atau tidak.

"Kita ada banyak kes yang dimaklumkan, apabila lelaki sanggup tinggalkan rumah untuk mendapatkan khidmat wanita di salun," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.


Beliau mengulas mengenai isu membabitkan seorang pengurus sebuah salun rambut di bandar ini, yang mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.


Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik salun menghadapi perkara sama.


Takiyuddin menegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang pihak berkuasa di Kelantan ini adalah mengikut jantina dan bukannya terpakai bagi agama tertentu sama ada Islam atau sebaliknya.


Katanya, dasar pengasingan jantina sudah lama dilakukan dengan mengguna pakai Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut Pendandan Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) 1986.


"Kita tidak akan mengubah dasar kita dan harap pihak terbabit faham. Sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen bagi kedai gunting rambut uniseks. Masalah sama ada wujud atau tidak, itu masalah lain.


"Jika ada, maknanya dia sudah melanggar syarat kerana hanya kedai gunting rambut wanita untuk wanita manakala lelaki untuk lelaki saja," katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Takiyuddin menafikan tindakan yang diambil terhadap pengurus salun itu bersifat penganiayaan kepada orang bukan Islam.


"Kita bimbang mengenai kegiatan lain dilakukan di kedai gunting rambut yang membabitkan isu moral seperti GRO (pelayan pelanggan), tempat urut dan pelacuran.


"Kita tidak mahu perkara itu berlaku walaupun hanya menjalankan kedai gunting. Kita bimbang ia akan melakukan lebih daripada itu," katanya.


Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, berhubung isu itu yang mahu perkara sebenar dijelaskan semalam, Takiyuddin berkata, sebagai peguam, Karpal sepatutnya meneliti undang-undang berkenaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...