Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PAU 2012 : Aura #PRU13 Semakin Dirasai.

Pages

Wednesday, November 28, 2012

PAU 2012 : Aura #PRU13 Semakin Dirasai.



Semangat ditunjukkan perwakilan yang datang Perhimpunan Agung Umno Ke-66 nyata berbeza kerana mereka berpendapat, perhimpunan kali ini cukup bermakna sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)


Ketua Wanita Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Salmah Mat Isa berkata, beliau tidak sabar mendengar amanat daripada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pilihan raya umum (PRU) akan datang.


"Kita tahu perhimpunan ini terakhir sebelum PRU13, sehubungan itu sperwakilan perlu mengambil berat apa dikatakan Presiden nanti.


"Perhimpunan kali ini pasti hangat dengan pelbagai usul terutamanya berkenaan kesiap siaga jentera parti menghadapi PRU13," katanya.


Bagaimanapun Salmah melihat, usul berkenaan kebajikan dan pendidikan juga sebagai usul yang menarik pada sesi perbahasan nanti. Bagi perwakilan Wanita dari Bahagian Bagan Datoh, Perak, Zaleha Mat Noor, beliau mengharapkan perhimpunan kali ini berlangsung dengan lancar dan sempurna.


"Kita mahu lihat kesepakatan daripada perwakilan yang hadir dalam membawa isu masyarakat dan negara.


Perpaduan parti adalah yang utama sebelum menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.


Sebahagian perwakilan menyanyikan lagu Umno ketika pembukaan taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2012, semalam.


Sementara itu, Azura Mohd Affandi yang mewakili Puteri Umno Bahagian Johor Bahru berpendapat, perhimpunan bukan saja memberi semangat kepada perwakilan, tetapi mengukuhkan ukhuwah parti.


"Kita di sini bukan sahaja berbahasan isu semasa, tetapi medan untuk kita sepakat dalam pelbagai hal," katanya.


Bagi Nadia Mat Jauhari dari Umno Bahagian Kota Raja, amanat Presiden dan ahli majlis tertinggi Umno cukup bermakna untuk dibawa ke peringkat akar umbi.


"Aura PRU13 sudah mula dirasai, oleh itu, kita cukup bersemangat mendengar amanat daripada pemimpin atasan dan menengar perbahasan daripada semua perwakilan yang hadir kerana setiap usul yang dibawa itu datangnya daripada suara akar umbi," katanya




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...