Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Afdlin Shauki ke Palestin, Abby Tak Nak Follow Ker?

Pages

Wednesday, November 28, 2012

Afdlin Shauki ke Palestin, Abby Tak Nak Follow Ker?



Ikon komedi tanah air, Afdlin Shauki bersama enam krewnya dari Vision Works antara mereka yang akan menyertai pasukan misi kemanusiaan Aqsa Syarif A2G11 ke Palestin pada hari 3 Disember ini.


Pengerusi Aqsa Syarif Berhad (Aqsa Syarif ), Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, misi itu merupakan misi kesepuluh Aqsa Syarif dalam menghulurkan bantuan kecemasan kepada rakyat Palestin sejak dua tahun lalu.


"Misi ini melibatkan dua orang ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif iaitu Dr. Ir. Selamat Aliman dan Dr. Fauziah Hassan yang akan digerakkan dalam tiga fasa pada bulan Disember 2012 hingga Januari 2013.


"Ketiga misi tersebut yang diberi nama A2G11, A2G12 dan A2G13 masing-masing dijadual memasuki Gaza pada 3 Disember, 15 Disember dan 23 Disember 2012. Misi A2G11 akan menyaksikan penyertaan ikon komedi tanah air iaitu Afdlin Shauki dan crew beliau seramai enam orang," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Hafidzi berkata, misi A2G11, A2G12 dan A2G13 akan turut melibatkan penyertaan aktivis yang mempunyai kepakaran berdasarkan keperluan yang akan dikenal pasti oleh misi pembuka jalan Aqsa Syarif iaitu A2G10 yang terlebih dahulu akan bergerak ke Palestin pada 29 November ini.


Menurut beliau, beberapa doktor pakar kanak-kanak dan psikiatri negara ini juga telah menyatakan kesediaan untuk menyertai misi-misi tersebut dalam memberi bantuan kepada rakyat Palestin yang kini berhadapan ancaman ganas Israel.


Antaranya Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom iaitu pakar psikiatri terkenal merangkap Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.


Mengulas lanjut penyertaaan Afdlin dalam misi itu, beliau berkata, Aqsa Syarif amat bertuah kerana Afdlin yang kini berentap dalam siri Maharaja Lawak Mega 2012 telah menyatakan kesediaan untuk menjadi duta Aqsa Syarif.


Jelas beliau, penyertaan Afdlin dalam misi itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosio ekonomi untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim ganas zionis.


Selain itu Hafidzi turut mengumumkan kutipan Tabung Kecemasan Gaza yang diwujudkan pada 15 November lalu merekodkan sumbangan orang ramai sebanyak RM2.1 juta.


Jelas beliau, jumlah kutipan itu melebihi sasaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu sebanyak RM1 juta dalam tempoh satu minggu,


"Aqsa Syarif merasa amat terharu atas sokongan berterusan rakyat Malaysia. Sokongan padu seperti ini yang telah membolehkan Aqsa Syarif menyalurkan RM9 juta ke Palestin sejak dua tahun lalu," katanya lagi.


Tambah beliau, Tabung Kecemasan Gaza masih dibuka dan rakyat Malaysia masih boleh menyumbang dengan menghubungi Aqsa Syarif.
mynewshub



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone













No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...