Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: 12 Kali Pilihanraya Penyokong Pas Ditipu Tegakkan Negara Islam.

Pages

Friday, November 30, 2012

12 Kali Pilihanraya Penyokong Pas Ditipu Tegakkan Negara Islam.



Rakyat terutama penyokong Pas sepatutnya sedar dan tidak lagi membiarkan diri mereka terus ditipu parti itu yang kononnya berjuang untuk menegakkan Negara Islam.


Hakikatnya tegas Ustaz Syahrin Jamaluddin, perjuangan Pas menegakkan Negara Islam bukan saja ditolak rakan pakatan mereka PKR dan DAP malah jika Pas bersendirian sekalipun mereka tidak mampu untuk melakukannya.


Fakta ini tegas beliau lagi didedahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin di mana sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang Pas tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen.


Ini dibuktikan Tan Sri Muhyiddin seperti dalam pilihanraya tahun 1969, Pas bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.


"Memang jelas jika Pas menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, Pas tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik Pas ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999.


"Lebih malang lagi sekarang bila Pas mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR pun, kedua-dua rakan pakatan itu siang-siang sudah tolak hasrat Pas malah untuk lantik Presiden Pas jadi Perdana Menteri pun DAP dan PKR tak mahu. Inilah perkara atau fakta yang mesti disedar rakyat terutama penyokong Pas", kata Ustaz Syahrin kepada UMNO-Online.


Ustaz Syahrin yang juga Ketua Pemuda UMNO Tebrau seterusnya menambah jika penyokong Pas berlapang dada sudah pasti mereka tidak menolak hakikat tersebut.


"Cukuplah selama 12 kali pilihanraya mereka diperdaya. Lebih dahsyat lagi kali ini Pas cuba berpakat dengan DAP dan PKR yang jelas menolak sebarang perjuangan untuk Negara Islam", katanya. -MediaUMNO





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...