Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: MUFTI #PERAK JAWAB KENYATAAN HARUN TAIB.

Pages

Friday, November 16, 2012

MUFTI #PERAK JAWAB KENYATAAN HARUN TAIB.




"Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.



Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.



Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dana arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."



Katanya, orang Islam pasa masa kini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan dikalangan umat Islam.



"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri.



"Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...