Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: #PERKASA CABAR SAMAN #MALAYSIAKINI JUGA.

Pages

Sunday, November 11, 2012

#PERKASA CABAR SAMAN #MALAYSIAKINI JUGA.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah supaya turut menyaman portal propembangkang, Malaysiakini dan ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim berikutan kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR itu baru-baru ini.
 

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tidak adil jika mereka mahu menyaman Utusan Malaysia sahaja kerana akhbar itu hanya menyiarkan kenyataan yang telah dibuat di laman portal berkenaan.
 

"Kita juga tahu bahawa kelmarin Anwar Ibrahim telah mengadakan ceramah disini (Kuala Terengganu) mengatakan anaknya telah dibohong dan difitnah ekoran kenyataan kontroversinya itu.
 

"Sebenarnya Anwar ini semua benda dia tak nak mengaku. Jadi saya cabar Anwar dan anaknya supaya turut menyaman Malaysiakini dan Siti Zabedah," katanya.
 

Pada wacana anjuran pergerakan Kristian di Subang Sabtu lalu,  Nurul  dilaporkan berkata kebebasan agama sepatutnya dilaksanakan sama rata dan bukan terbatas kepada bukan Islam sahaja. 
 

"Tidak ada paksaan di dalam Islam. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum)," kata Nurul ketika menjawab pertanyaan seorang peguam mengenai isu itu. 
 

Bagaimanapun, peguam berkenaan Siti Zubaidah Kasim dilaporkan kesal dengan tindakan Nurul menarik balik kenyataan itu berikutan kritikan orang ramai, pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan. 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...