Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: BONGKAR..!!! PERJANJIAN SULIT PR BUANG #HUDUD !!

Pages

Friday, November 16, 2012

BONGKAR..!!! PERJANJIAN SULIT PR BUANG #HUDUD !!



Seorang bekas ahli seumur hidup PAS yang dikenali sebagai Cikgu Zainon Ismail (CN Al-Afghani) mendakwa parti berkenaan telah menandatangani perjanjian rahsia dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengugurkan terus perjuangan berkaitan hudud dan negara Islam di Malaysia.



Beliau mendakwa, perjanjian itu telah ditandatangani pada 18 Disember 2009 antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Di antara (kandungan perjanjian) ialah apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh pasal hudud dan negara Islam,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika menyertai sesi perbincangan bertajuk Merealisasikan Saranan Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal dalam Wacana Mengembalikan Pas Ke Landasan Asal yang diadakan Ahad lalu di sini.



Kenyataan beliau itu agak bertepatan dengan pendirian PAS yang mengumumkan perjuangan untuk mewujudkan Negara Berkebajikan.



Malah, buku Negara Berkebajikan – Tawaran PAS yang menerangkan mengenai 10 konsep untuk mencapai Negara Berkebajikan, tidak ada langsung mana-mana konsep yang menyebut mengenai hudud dan negara Islam.



Kandungan buku itu nyata mencerminkan PAS mungkin sudah mempunyai perjanjian untuk mengugurkan terus hudud dan negara Islam dari perjuangan mereka.



Tambah Cikgu Non, beliau telah memuatkan mengenai perjanjian rahsia itu dalam buku karangannya dan telah mendapatkan kepastian berhubung perkara itu sebelum berbuat demikian.
   

Baca lagi di sini dan lihat video...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...