Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!!! 'Imam Caci Dan Nak Pukul Saya Selepas Tegur Doa'

Pages

Saturday, November 24, 2012

HOT!!! 'Imam Caci Dan Nak Pukul Saya Selepas Tegur Doa'

Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Falah, Hulu Yam Bharu dekat sini terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.


Terdapat sebilangan jemaah menurunkan tangan untuk tidak mengaminkan doa tersebut dan ada juga yang mengambil keputusan keluar daripada masjid kerana berasa terganggu.


Seorang ahli kariah masjid berkenaan, Muhammad Shaiful Harun, 35, berkata, beliau antara jemaah yang terkejut dengan bacaan doa itu kerana tidak menyangka khatib yang merupakan imam kedua masjid itu sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam.


"Dalam kekhusyukan mengaminkan doa akhir itu, tiba-tiba terkejut dengan doa yang menyebut kehancuran Umno dan BN.


"Saya segera menghidupkan telefon bimbit dan merakam sambungan doa itu hingga akhir kerana saya sifatkan doa ini menyimpang," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini semalam.


Menurutnya, kerana mahukan penjelasan beliau menunggu khatib tersebut di depan masjid dan bertanyakan sama ada doa itu tercatat dalam teks khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


Namun, menurutnya ketika bersemuka dengan khatib tersebut beliau terus ditengking dan dikutuk dengan kata-kata kesat.


"Niat saya mahu bertanya dan ingin menegur kesilapan, tapi dengan segera beliau mencaci saya.


"Sambil mencaci dan memaki hamun, imam tersebut seperti cuba mencari sesuatu di celah-celah tembok pagar yang saya percaya untuk dijadikan senjata memukul saya," katanya.


Menurutnya yang juga Pengerusi Pemuda Umno Gugusan Hulu Yam Bharu, jemaah yang melihat tindakan khatib tersebut cuba meredakan keadaan namun segalanya hanya terlerai apabila seorang anggota polis tiba membantu.


Muhammad Shaiful menggesa pihak polis dan Jais menyiasat perkara itu dan memastikan tidak berulang.


Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kampung Pasir, Rosli Sari lantas menurunkan tangan sebaik mendengar doa tersebut.


Beliau terpinga-pinga dan terkejut mendengar doa itu sambil berasakan kesal terhadap tindakan khatib tersebut.


"Saya terasa sangat dan terus menurunkan tangan. Sambil mendengar doa itu hingga akhir, saya masih tertanya-tanya mengapa khatib membaca doa seperti itu.


"Sebab saya tidak pernah mendengar doa sebegitu ketika solat. Kalau melihat doa disampaikan adik (Mursyidul Am Pas) Nik Abdul Aziz, hanya dalam berita di televisyen, tapi ini depan mata," katanya.-Sinar



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...