Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: @Pas Sudah Tunggang Langgang 360 Darjah.

Pages

Thursday, November 29, 2012

@Pas Sudah Tunggang Langgang 360 Darjah.




PAS tidak lagi mempunyai pendirian yang tetap memperjuangkan Islam sehingga mengambil tindakan di luar landasan agama, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

Beliau yang mengimbau gerak geri parti komponen pembangkang itu menjelaskan bahawa prinsip PAS dilihat telah bertukar 360 darjah.

"Saya terperanjat apabila Dewan Ulama PAS mula bercakap tentang Tahaluf Siyasi. Apa itu tahaluf siayasi? Iaitu persefahaman politik," katanya pada sidang Wacana Meja Bulat anjuran Antarapos yang membincangkan topik 'Anjakan Paradigma dalam Umno' di sini, baru-baru ini.

Sahlan berkata, pernah menolak sekeras-kerasnya untuk menjalankan kerjasama dengan orang bukan Islam disertakan dengan ayat-ayat nas Al-Quran pada tahun 1981.

Kini, menurut beliau, pendirian PAS bertukar dengan memperkenalkan konsep 'Tahaluf Siyasi' yang pernah dibantah mereka kira-kira 30 tahun dulu.

"Hari ini kerana inginkan kuasa politik ada pula Tahaluf Siyasi. Boleh pula kawan dengan DAP...Quran mana anda baca? Sama ke dengan yang dulu?" soalnya.

Beliau turut mengaitkan situasi ini dengan peristiwa hitam yang pernah berlaku suatu ketika dahulu di Memali, Kedah dan menuntut PAS menjelaskan perkara berkenaan.

"Orang yang berpegang kepada pegangan 1981 itu, akhirnya tercetusnya peristiwa Memali 1985, saya berada di Baling pada ketika itu.

"Orang yang mati disebabkan krisis Memali itu, ini nak letak apa hukummnya sekarang ini? Anda nak tarik balik sekarang. Inilah kekeliruannya..," tambah Sahlan.

Pada Muktamar Tahunan di Kelantan baru-baru ini, PAS yang menyimpan dendam terhadap Umno mendakwa parti itu zalim telah bertindak mendoakan agar parti itu musnah.

Doa tersebut dibacakan oleh adik Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Nik Razi Nik Mat.

Sahlan kemudian seterusnya berkata, PAS yang memutuskan untuk bekerjsama dengan DAP dilihat tidak menitik beratkan soal Islam yang merupakan agenda parti itu berbanding dahulu.

Jika dulu, parti itu dilihat tegas dalam memperjuangkan Islam, tetapi akhir-akhir ini, agenda PAS dilihat banyak menyimpang daripada landasan Islam.

Beliau memberikan contoh, isu yang melibatkan anak Ketua Umum Pakatan Rakyat, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya memperlihatkan kegoyahan pendirian PAS dalam memperjuangkan Islam.

"Satu lagi soal negara berkebajikan, saya nampak hari ini kenapa you nak turn balik? Walhal, sebab itu saya katakan, apa yang dilakukan oleh Umno, dilakukan oleh Barisan Nasional itu adalah merupakan suatu yang memang dah betul dah," katanya lagi.

Sebagai kesimpulan, Sahlan mahu parti pembangkang tidak mempermainkan isu agama dalam politik terutamanya bagi menjaga keharmonian negara.
AP


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...