Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Isu Salun Unisex : Sayap Parti PAS Paling 'Pondan' Kecewa.

Pages

Thursday, November 29, 2012

Isu Salun Unisex : Sayap Parti PAS Paling 'Pondan' Kecewa.

Pemuda Pas kecewa dengan tindakan sesetengah pihak, Muslim atau bukan Muslim yang menjadikan perkara yang dikaitkan dengan isu salun sebagai bahan perlekehan dan serangan atas nama hak asasi serta kebebasan.


Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perlu difahami, peraturan sebagaimana yang disyaratkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, kerana ia bukanlah undang-undang Islam, tetapi peraturan sivil yang berlandaskan panduan syariat agama.


Menurutnya, agama Islam menyeru kepada keselamatan, kehormatan wanita malah menyeru kepada usaha mencegah eksploitasi wanita dan menutup ruang-ruang ke arah maksiat serta dan kemungkaran.


"Adalah jelas berdasarkan kajian lapangan di seluruh negara, pusat-pusat kecantikan wanita sering menjadi topeng kepada operasi dan kegiatan eksploitasi dan tidak bermoral terhadap wanita.


"Sesuai dengan masyarakat Kelantan majoritinya adalah Muslim, di samping masyarakat bukan Islam yang begitu tahu menghormati dan selesa dengan peraturan-peraturan 'Islamik'. Adalah wajar sekali peraturan seperti di atas dijadikan panduan dan kajian ke arah melahirkan masyarakat madani yang menghormati martabat golongan wanita," katanya menerusi laman sosialnya.


Beliau berkata demikian mengulas isu salun di negeri ini yang dipertikaikan apabila pihak berkuasa tempatan mengeluarkan saman kepada pengurus kedai gunting rambut di bandar ini kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak tahun 2010.


Dalam masa sama, beliau menyambut baik sekiranya perkara terbabit dibincangkan secara sihat, apatah lagi ia semakin membuka mata untuk melihat kesempurnaan panduan agama Islam yang semakin diterima baik.


Nik Abduh juga memberitahu berdasarkan tinjauan majoriti peniaga dan masyarakat bukan Islam di bandar ini sudah cukup selesa dengan peraturan kedai gunting serta salon yang mengasingkan lelaki dengan perempuan seperti ditetapkan pihak berkaitan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...