Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: @Anwar Layak Jadi @PM Kerana Mudah Diperkudakan @DAP .

Pages

Monday, November 19, 2012

@Anwar Layak Jadi @PM Kerana Mudah Diperkudakan @DAP .

DAP akan menjadi penghalang  kepada sebarang usaha untuk meletakkan  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pentadbiran negara kelak.


Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairuz Khairuddin, perkara ini bukan sesuatu yang pelik kerana semua sudah sedia maklum bahawa kepimpinan DAP tidak pernah sependapat dengan kepimpinan tertinggi Pas dalam pelbagai isu, termasuk isu siapa yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.


"Kita sudah sedia maklum bahawa DAP tidak pernah bersetuju dengan Pas. Baik dalam sudut apa pun kecuali matlamat mereka untuk menumbangkan UMNO dan BN. Selain dari itu tidak ada.


"Sebab itu, setiap kali Pas mengeluarkan kenyataan tentang Pakatan Pembangkang, DAP pastinya akan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak dan hasrat Pas, termasuk dalam isu mengangkat Datuk Seri Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang dalam PRU nanti," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.


Tindakan DAP mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ini disifatkan oleh beliau sebagai satu gimik politik murahan di mana ia merupakan satu sokongan palsu demi kepentingan politik parti tersebut.


"DAP tahu, sekiranya mereka sendiri mengemukakan calon parti mereka sebagai Perdana Menteri, maka sudah pasti Pas dan Anwar sendiri akan menolak. Jadi, biarpun mereka tahu Anwar merupakan seorang pemimpin yang bermasalah, namun mereka tetap mahukan Anwar kerana bagi mereka, Anwar lebih mudah diperkudakan kerana banyak rahsia Anwar yang mereka simpan, berbanding dengan kepimpinan Pas.


"Justeru itu, kenyataan demi kenyataan yang memberikan sokongan terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Pembangkang ditegaskan oleh DAP sejak akhir-akhir ini, hanyalah sebagai satu strategi politik dalam usaha untuk melicinkan perlaksanaan agenda politik sempit mereka itu.


"Mereka tahu, jika Anwar menjadi perdana menteri, agenda kepentingan politik dalaman mereka akan lebih mudah untuk dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Ia hanya satu sokongan berbentuk 'political cosmetic' yang hanya bersifat sementara," ujarnya.


Selain itu menurut beliau, polemik calon bagi jawatan Perdana Menteri di dalam Pakatan Pembangkang hari ini merupakan satu petanda bahawa ketiga-ketiga parti yang bergabung di dalam pakatan tersebut sedang dilanda krisis kepimpinan yang sekiranya tidak dijaga, bakal merobek dan memecah belahkan pakatan itu sendiri.


"Ini jelas memperlihatkan bahawa kesatuan antara mereka sudah mulai goyah. Ini juga secara tak langsung membuktikan bahawa Pas kini sudah hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Dalam soal memilih kepimpinan tertinggi bagi menerajui Pakatan Pembangkang pun mereka sudah tidak sependapat, bagaimana kelak sekiranya Pakatan ini ditakdirkan untuk menguasai pentadbiran negara. Sudah pasti lebih banyak percanggahan yang tidak menguntungkan akan berlaku yang bakal merugikan rakyat dan negara," ujarnya. -MediaUMNO


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...