Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: TIDAK MAHU 'BERZINA' LAGI MELALUI #TELEFON .

Pages

Tuesday, November 27, 2012

TIDAK MAHU 'BERZINA' LAGI MELALUI #TELEFON .



DANG Setia, saya pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Baru-baru ini, saya diperkenalkan rakan kepada lelaki, bergelar A. Kami tidak pernah bersua tetapi hubungan kami semakin hari kian rapat.


Saya pernah gagal bercinta selepas menjalin hubungan selama dua tahun. Selepas itu saya langsung tidak berminat untuk berkenalan dengan lelaki.


Lagi pun, hubungan saya dengan A berkisar lebih kepada perbualan berunsurkan perkara berbaur lucah. Saya turut terjebak akibat leka dilayan oleh perasaan bahagia ketika itu.


Tidak mahu melakukan zina biarpun hanya melalui telefon, saya keberatan menerima A. Namun sebahagian daripada hati, mengakui mula jatuh hati kepada A.


Saya tetap bimbang dan tidak pasti sejauh mana sayangnya A pada saya meskipun dia pernah meluahkan ingin berkahwin.


A pula pernah terlanjur dengan kekasih lamanya, saya sudi menerimanya dalam terpaksa. Perlukah saya menggesa dia kembali kepada kekasih lama untuk bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka atau dia harus memilih saya kerana padanya, saya perempuan terbaik menjadi isterinya?


Saya ingin berubah, masalahnya kadangkala dia terlanjur berbual-bual lucah menerusi telefon ketika bersama saya.



Juita
Alor Setar, Kedah






Tidak tegas menyatakan pendirian antara punca saudari terus terperangkap dalam masalah ini. Sejujurnya Dang Setia sendiri tidak dapat melihat kesungguhan saudari untuk berubah daripada mengulangi tabiat lama.


Sebenarnya saudari perlu lebih berterus terang sebaik dihampiri lelaki sedemikian. Bukannya terus melayan dan menemani lelaki terbabit meluahkan 'kegersangan' menerusi telefon.


Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, pepatah lama itu cukup memberi peringatan kepada saudari. Dalam erti kata lain, jika saudari tidak mengendahkan perbualan lucah si A, saudari tidak berterusan menghadapi masalah ini.


Selain itu, berbaloikah rasa sayang apabila maruah diri menjadi galang gantinya? Saudari sendiri pernah melalui dilema terbabit, semestinya lebih maklum mengenai sikap lelaki sebegini.


Saranan Dang Setia, tegur sikap A dan andai si dia enggan berubah, nyata A tidak ikhlas menyunting saudari sebagai pasangan hidup. Lelaki baik akan melayan isterinya dengan penuh hormat berbanding mengambil kesempatan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...