Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Isu Salun Unisex : PKR Kedah Tolak Undang-Undang Islam PAS..?

Pages

Friday, November 30, 2012

Isu Salun Unisex : PKR Kedah Tolak Undang-Undang Islam PAS..?




ALOR SETAR: PKR tidak bersetuju dengan cadangan Negeri Kelantan untuk melarang tukang gunting rambut perempuan menggunting rambut lelaki digunakan di Kedah.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kita tidak perlu mentasawufkan undang-undang.


Katanya, perkara ini melibatkan pendedahan dan kefahaman mengenai pendidikan itu sendiri dan tidak perlu meletakkan undang-undang baru terhadap perkara itu.


"Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa ianya adalah berdasarkan kepada kesedaran diri sendiri menggunakan ilmu pengetahuan yang ada.


"Sekiranya kita meletakan larangan tersebut, ia telah menyentuh kepada tukang gunting rambut bukan Islam juga.


"Bagi saya Kelantan perlu kaji perkara ini dulu dan kalau boleh tidak perlu lakukan larangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Ahmad Kassim berkata, sebagai seorang yang beragama Islam kita sepatutnya lebih tahu dan menilai mana yang boleh dan tidak.


"Undang-undang sebenarnya tidak boleh menyelesaikan masalah, tapi pendidikan itu sendiri yang memainkan peranan.


"Saya berpendapat, kalau kita giatkan lagi tentang apa yang boleh dan tidak contohnya mengenai aurat lelaki dan perempuan, sudah tentu perkara ini boleh diatasi.


"Perkara ini boleh dibincangkan lagi dan perlu dilihat dari pelbagai sudut," katanya.


Terdahulu sebuah portal berita melaporkan Kerajaan Negeri Kelantan melarang kedai gunting rambut lain jantina (uniseks) dikuatkuasa sejak 1991 dan ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


Laporan itu menyebut, Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peraturan tersebut sebagai langkah awal kerajaan bagi membendung gejala tidak sihat membabitkan semua rakyat.


Katanya, cuba bayangkan kalau rambut isteri atau anak perempuan kita digunting tukang gunting lelaki, begitu juga keadaan sebaliknya. Ini tentunya kita tidak mahu berlaku sedemikian.


"Peraturan itu diwujudkan bukan kerana sentimen agama semata-mata, sebaliknya bagi membendung lebih awal gejala kurang sihat berlaku," katanya.


Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya bersedia untuk menarik balik pengasingan jantina di kedai gunting rambut yang melibatkan bukan Islam tetapi dengan syarat ia dipersetujui oleh Dewan Ulama Pas Kelantan.


Beliau berkata, keputusan mengenai perkara itu akan dibuat pada mesyuarat Exco selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi.
Sinar



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
















1 comment:

  1. Blog tuan telah saya masukkan dalam blog list Semut walaupun blog Semut tiada dalam blog tuan. Salam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...