Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: TERKINI : JAKUN- NIK AZIZ TIDAK IKHLAS?.

Pages

Monday, February 21, 2011

TERKINI : JAKUN- NIK AZIZ TIDAK IKHLAS?.

SELEPAS setahun berlalu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli berikutan kenyataannya menggambarkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai 'Jakun.'

"Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli.

"Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.

"Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kota Bharu, semalam.

Menurut laporan, Nik Abdul Aziz membuat gambaran tersebut ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu.

Berikutan itu, masyarakat suku kaum Jakun mendakwa terhina dengan kenyataan tersebut dan telah membuat laporan polis serta meminta Menteri Besar Kelantan itu memohon maaf, tetapi tiada sebarang respon sehinggalah semalam.

Begitulah sukarnya seorang bergelar Tok Guru seperti Nik Abdul Aziz untuk memohon maaf sehingga mengambil masa setahun berbuat demikian.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak tahu Jakun nama keturunan atau suku kaum Orang Asli sebenarnya menunjukkan tahap pengetahuan Menteri Besar itu mengenai rakyat berbilang etnik di bawah pimpinannya.

Bagaimana mungkin seorang Menteri Besar yang mentadbir sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan selama lebih 20 tahun, mengatakan tidak tahu Jakun adalah salah satu suku kaum Orang Asli.

Justeru, mengambil kira perkara tersebut, timbul persoalan apakah permohonan maaf itu benar-benar datang dari hati nurani Nik Abdul Aziz, atau ia dibuat sekadar bagi menjaga perasaan masyarakat suku kaum tersebut demi memastikan survival politik Pas di negeri ini, terutama di Hulu Kelantan.

Tambahan pula, kemaafan itu hanya timbul selepas kumpulan masyarakat Orang Asli mengadakan pertemuan dengan beliau di kediaman rasminya, sedangkan tuntutan permohonan maaf itu pernah dikemukakan oleh masyarakat suku kaum berkenaan setahun lalu.

Penolakan suku kaum masyarakat tersebut kepada Pas di Hulu Kelantan menyaksikan Pas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil lalu dengan majoriti lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dan Pas, sudah semestinya tidak mahu senario tersebut berterusan dan melarat ke kawasan lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kerana ia akan hanya menggugat hasrat parti itu dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang kekal berkuasa di Kelantan, serta mengukuhkan kedudukan mereka di peringkat nasional.

Lantaran itu, Nik Abdul Aziz mahu tidak mahu perlu melakukan sesuatu bagi mendapatkan balik sokongan masyarakat Orang Asli tersebut yang sebenarnya boleh menjadi penentu dalam percaturan politik di wilayah tertentu.

Ini sudah pastinya disedari oleh Mursyidul Am Pas berkenaan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam politik tanah air, terutama di Kelantan-negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum termasuk Orang Asli yang meliputi pelbagai suku kaum, salah satunya Jakun, tetapi sayang tidak diketahui oleh Nik Abdul Aziz.

Bilakah pula agaknya Nik Abdul Aziz yang telah menginjak usia 80 tahun akan meminta maaf kepada musuh politiknya terutama UMNO yang seagama dengannya, mengambil kira kenyataan beliau 'Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain'. YA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

  1. apabila dah salah dan silap minta maaf mmg betul tapi adakah seorang yg tinggal di kampung sehingga tidak tahu apa maksud Jakun itu mmg tak leh di terima akal bukan budak tapi seorang tok guru takkan tahu maksud Jakun??? sama spt pembangkang lain wat salah mnta maaf habis cerita....senang ja kan.kan..kan,.,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...