Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAZZ : NAIB PRESIDEN PAS BAKAL CALON DI PRK KERDAU..?.

Pages

Sunday, February 20, 2011

PANAZZ : NAIB PRESIDEN PAS BAKAL CALON DI PRK KERDAU..?.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan terkejut dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari yang sama untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau iaitu pada 6 Mac ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berpendapat SPR sepatutnya beri lebih masa kepada pihak yang mahu bertanding untuk membuat persediaan.

Alasan lain kononnya hari pengundian jatuh pada Ahad boleh menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengundi luar yang terpaksa pulang bekerja pada keesokan harinya.

Mereka terpaksa bergegas kerana cuma ada sehari untuk perjalanan ke tempat mengundi dan pulang ke tempat kerja, katanya di Alor Setar. Sabtu.

Pelik juga bekas ADUN Jengka, Pahang itu beri alasan yang diibarat meludah ke langit.

Padahal sebelum ini, pembangkang kerap bising kalau pengundian jatuh hari bekerja. Alasan mereka kerana khuatir pengundi tidak keluar membuang undi atau tidak dibenarkan berbuat demikian oleh majikan.

Lagipun pembangkang sudah cakap berdegar-degar sebelum ini bahawa mereka sudah siap sedia berdepan pilihan raya umum pada bila-bila masa tetapi kecut perut pula apabila SPR beri masa singkat untuk PRK Kerdau.

Barangkali Tuan Ibrahim sudah terasa aib yang akan ditempahnya dalam dua pilihan raya serentak ini.

Beliau sebelum ini sudah dilantik Pengarah Pilihanraya PAS DUN Merlimau.

Ibarat sedang bersiap-siap untuk berperang di tempat lain, kampung halaman sendiri dilanggar garuda.

Tuan Ibrahim bukan sahaja Pesuruhjaya PAS Pahang tetapi Yang Di Pertua PAS Kuala Krau – Kerdau adalah dalam parlimen Kuala Krau.

Ini pasti memberi tamparan besar padanya kalau PAS kecundang di Kerdau.

Mana beliau hendak letak muka tambahan pula pada malam sama ketika keputusan pilihan raya DUN Merlimau diumumkan, PAS juga kecundang. Nampaknya Tuan Ibrahim dalam dilema besar.

PAS kena fikir jalan lain atau setidak-tidaknya menyerahkan kepada Datuk Mahfuz Omar jadi pengarah PKR Merlimau kerana seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob sudah diberi tanggungjawab itu di Tenang.

Ini baru adil apabila ketiga-tiga Naib Presiden berasa 'malu' apabila PAS tewas lagi di Merlimau dan Kerdau.

Selain itu, PAS tidak perlu susah-susah cari calon lain bertanding di Kerdau.

Parti itu boleh mencalonkan Tun Ibrahim kerana maklumat daripada penduduk di Kerdau khususnya di tiga rancangan Jengka, nama beliau cukup tersohor.

Setidak-tidak PRK Kerdau akan jadi pilihan raya kecil terakhir yang sengit antara BN dan pembangkang khususnya PAS.

Pasti Tuan Ibrahim tidak gentar kerana sudah ada pengalaman sepenggal jadi wakil rakyat di DUN Jengka tetapi tewas pada PRU 2004 dan 2008.

Cuma perlu dingatkan pada Tuan Ibrahim bahawa jika beliau tewas, bermakna jawatan Naib Presidennya tidak terjamin lagi dalam pemilihan parti akan datang.

Bagi PAS pula jika mereka tewas di Kerdau dan Merlimau – itu adalah paku terakhir pada keranda parti berkenaan yang semakin ditolak rakyat khususnya pengundi Melayu selepas mereka membuktikannya di Galas dan Tenang. AD
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...