Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PENASIHAT AGAMA KEPADA MENTERI BESAR PAHANG CALON BN DI KERDAU.

Pages

Tuesday, February 22, 2011

PENASIHAT AGAMA KEPADA MENTERI BESAR PAHANG CALON BN DI KERDAU.

Teka-teki mengenai calon yang akan mewakili BN di Kerdau terjawab sudah. Anak tempatan, berjawatan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, diumum sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.

Pemilihan anak jati tempatan untuk membawa cabaran BN pada pilihan raya kecil ke-16 itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau sebentar tadi.

Dalam sidang media selepas itu, Muhyiddin memberitahu kredibiliti calon, Syed Ibrahim, beri harapan yang cerah untuk BN mengekalkan kerusi DUN tersebut.

Beliau juga berharap 54 peratus pengundi Kerdau yang merupakan ahli UMNO menunjukkan sokongan padu kepada parti dengan keluar beramai-ramai 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil Kerdau perlu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Dewan Negeri (ADUN), Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, akibat penyakit jantung, 12 Februari lalu.

Allahyarham menang kerusi DUN Kerdau pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim dan kawasan berkenaan mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, enam peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...