Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAZZ : POLIS BANTUAN NEGERI SELANGOR

Pages

Thursday, February 17, 2011

PANAZZ : POLIS BANTUAN NEGERI SELANGOR


PUTRAJAYA 16 Feb. - Kerajaan tetap menolak permohonan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan kerajaan Selangor itu lebih bersifat provokasi kerana sengaja hendak mencabar perlembagaan.

''Semasa kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dulu mereka usulkan hendak pinda perlembagaan negeri dengan alasan mahu membela raja dan sultan tetapi akhirnya tetap bekerja dengan SUK.

''Tindakan mereka memang tidak konsisten, saya terkilan kerana tidak pernah pun selama ini mereka membantu polis untuk menurunkan indeks jenayah.

''Apabila indeks jenayah menurun, alasan itu pula digunakan untuk menambah polis bantuan sendiri kononnya jenayah meningkat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu polis menambah 2,000 lagi anggota di negeri itu selepas permintaannya untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri ditolak kerajaan.

Menurut Hishammuddin, tindakan kerajaan negeri Selangor itu sudah boleh diduga kerana bersifat tidak munasabah dan sia-sia.

''Mereka menidakkan apa yang kita buat dan tidak membantu kita untuk melihat perkara yang cukup serius pada orang ramai dan apabila tidak berjaya dia buat dengan cara yang bercanggah dengan perlembagaan negara.

''Mereka saja nak sensasikan keadaan, dia boleh terus lakukannya tapi dari segi undang-undang, buat macam mana pun tetap salah, cukuplah polis kata jenayah sudah turun," katanya.

KC : NASIB BAIK LA TAK LULUS, SEBAB KALAU LULUS HABIS SEMUA ORANG YANG TIDAK MENYOKONG PEMBANGKANG KENA TANGKAP........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...