Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PAKATT : JOMMM BOIKOT VALENTINE DAY!!!

Pages

Sunday, February 13, 2011

PAKATT : JOMMM BOIKOT VALENTINE DAY!!!

Secara tiba-tiba Hari Valentine yang disambut oleh golongan penafsu-penafsu dengan alasan kasih sayang, menjadi penting dan diperkatakan di Malaysia.

Pemuda PAS Pusat sebelum itu telah lebih awal mencetuskan kontroversi apabila pandangan Ketua Pemudanya ditentang keras oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, bahkan di kalangan pemimpin PAS sendiri pun menentang, dan segera menyatakan bahawa kata-katanya itu hanyalah bersifat peribadi bukan pandangan keseluruhan PAS.

Lebih kelakar apabila Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen turut melahirkan kebimbangan dengan operasi yang bakal dilakukan kerana bimbang dengan penurunan kadar pelancong asing ke Malaysia akibat sekatan terhadap sambutan Hari Valentine.

Penjelasan demi penjelasan telah dibuat. Sekatan dan operasi hanya melibatkan orang Melayu, bukan orang Islam, bukan orang asing beragama Islam dan jauh sekali golongan bukan Islam.

JAKIM menguatkuasakan undang-undang dan memperketatkan pemeriksaan serta operasi. Operasi Hari Valentine hanya melibatkan golongan muda-mudi Melayu yang akan menggunakan kesempatan pada hari tersebut untuk mengkayakan taukeh-taukeh hotel bajet dan memeriahkan rumah bujang mahupun tempat berpeleseran yang lain.

Namun penjelasan seperti itu tetap tidak dapat diterima. Apa yang hendak dilakukan oleh JAKIM dan kelompok orang Islam yang berasa bertanggungjawab untuk melakukan pencegahan, mendapat tentangan sepenuh dan sebulat suara daripada para pemimpin bukan Islam di negara ini.

Nampaknya, keterbukaan yang diberikan oleh Melayu dari zaman sebelum merdeka sehingga kini telah pun menunjukkan hasil yang sangat 'baik'.

Seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir, orang Melayu seharusnya tidak takut mempertahankan bangsa dan agama mereka. Malah orang Melayu juga sepatutnya tidak takut dengan orang Cina.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak berlaku. Kuasa undi dan pengaruh kemenangan dalam pilihanraya mengatasi segala-galanya.

Daripada menjadi pemain, akhirnya Melayu juga yang dipermain-mainkan sehingga hendak bercakap dan menegakkan agama yang majoriti orang Melayu Malaysia anuti juga nampaknya ditentang oleh golongan yang pada asalnya diprihatinkan oleh Melayu sehingga memberikan mereka kerakyatan 1 juta orang dalam tempoh satu hari sahaja.

Barangkali para pemimpin bukan Melayu akan berasa lebih senang dan lebih selamat sekiranya orang Melayu meninggalkan agama Islam atau hidup seperti golongan bukan Islam?

Sebabnya, kebanyakan daripada mereka langsung tidak gusar tentang keruntuhan moral di kalangan generasi muda, tetapi mereka sangat bimbang sekiranya orang Islam cuba mengurangkan kadar keruntuhan moral itu dengan melakukan penguatkuasaan.

Tak kiralah sama ada pemimpin itu datangnya dari MCA apatah lagi DAP yang sememangnya mahu melihat Melayu tersungkur... mereka berkongsi satu misi dan visi untuk melihat Melayu dan umat Islam di negara ini sekadar beragama Islam di dalam kad pengenalan, bukannya menjadikan agama itu sebagai cara hidup.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...