Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: WOW!!! PELAKON 'SEGAN' BILA DIBERI WATAK BERKEMBAN!

Pages

Wednesday, February 20, 2013

WOW!!! PELAKON 'SEGAN' BILA DIBERI WATAK BERKEMBAN!




Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, pengalaman lalu dia pernah berkemban untuk satu babak dalam filem Karak sehingga mencetuskan kontroversi benar-benar mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak bagi setiap tawaran filem yang diterima.


"Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem.


"Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem.


"Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," tegasnya.


Tambah Kilafairy, walaupun dia tahu sikap memilih watak dapat merugikannya sedikit daripada mendapat publisiti, anak kepada Rohana Jalil itu tidak kisah sekiranya namanya kurang popular di kalangan umum.


"Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan hasil pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu.


"Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi hasil lakonan yang bagus," ujarnya.

1 comment:

  1. =========================
    --> Komik Hentai <--

    Yang suka Komik HENTAI.. download aja langsung kesini.. UPDATE HARIAN

    http://small-manga.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...