Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: ‘USTAZ BUDAK’ INI TERPESONG.

Pages

Monday, December 5, 2011

‘USTAZ BUDAK’ INI TERPESONG.

Tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi merupakan kesan daripada dakyah parti tersebut yang selama ini menggunakan sentimen keagamaan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, semuanya berpunca daripada Pas sendiri yang sering menggunakan pendekatan keagamaan untuk kepentingan politik mereka.

Katanya, walaupun hakikatnya Nik Abdul Aziz tidak melaksanakan tugasnya dengan baik di Kelantan, tetapi disebabkan pendekatan keagamaan yang telah diserapkan ke dalam diri rakyat negeri itu, mereka hanya mengikut tanpa membantah.

"Inilah akibatnya, sampai ada yang berani mengangkat beliau sebagai nabi walaupun umum tahu bahawa tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Sekiranya benar penceramah itu menyamakan Nik Aziz dengan nabi, maka dia telah sesat.

"Ini semua berpunca daripada dakyah Pas sendiri. Mereka menggunakan agama untuk politik sehingga rakyat menjadi terlalu taksub dengan memberi gelaran 'Tok Guru' dan sebagainya dan kali ini menyamakan pula dengan nabi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan seorang penceramah Pas, Shamsul Zaman Sukri atau lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi dalam ceramahnya sebagaimana didedahkan melalui rakaman video oleh portal detikaperubahan.com baru-baru ini.

Menurut Nakhaie, fikiran pengikut Pas telah lama diracuni dengan dakyah-dakyah parti berkenaan sehingga segala yang dilakukan oleh pemimpinnya adalah betul.

"Inilah yang dibimbangkan. Fikiran pengikut Pas telah diracuni, mereka terlalu taksub dengan pemimpin parti, dengan Nik Aziz.

"Mungkin Pas tidak mempunyai maksud untuk mengangkat dan menyamakan Nik Aziz sebagai nabi, tetapi inilah kesannya dakyah-dakyah parti kepada pengikut mereka. Ketaksuban itu boleh menyebabkan golongan yang menyokong Pas seperti 'Ustaz Budak' ini terpesong," jelasnya.-UTUSAN-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...