Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GEMPAR : YB KUALA KURAU KELUAR PAKATAN RAKYAT???

Pages

Tuesday, March 30, 2010

GEMPAR : YB KUALA KURAU KELUAR PAKATAN RAKYAT???


Kemana menghilangnya YB Ab. Yunus Bin Jamahari, ADUN Kuala Kurau??? Dikhabarkan kepada KC, beliau sehingga hari ini 'hilang' entah kemana... dari sumber yag diperolehi juga, pihak keluarga beliau juga tidak mahu menjawab apa-apa pun tentang kehilangan beliau.

Situasi seperti ini juga pernah berlaku kepada YB Kapten Osman Jailu... Kecoh menghilangkan diri, tetiba jer terus keluar daripada PKR... Perkhabaran yang diterima KC juga seakan-akan mengesahkan yang beliau akan mengikut jejak langkah sahabat baiknya iaitu YB Parlimen Bagan Serai...

Khabar berita tentang 'kehilangan'
YB Ab. Yunus Bin Jamahari juga semakin bertiup kencang di kalangan pemimpin PKR sendiri hingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap kepimpinan tertinggi parti itu. Sehingga lupa untuk menjaga anak2 buahnya di Perak...

Ini ditambah pula Sidang DUN yang bakal bermula 30.03.2010 sehingga meresahkan penyokong2 parti... Sekiranya ianya berlaku, maka kita akan mempunyai 4 orang ADUN BEBAS yang sentiasa menyokong BN

Dan sekiranya menjadi kenyataan, maka terbuktilah sudah kepimpinan PKR di Perak sedang menuju kehancuran dan yang lebih penting baik PKR mahupun pembangkang yang lain tidak mampu untuk mentadbir Negeri Perak.

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA YB DI PERAK....

1 comment:

  1. Salam Tuan,
    Harap dapat linkkan blog ini dengan blog tuan.

    http://umnoberuasperak.blogspot.com
    Terima Kasih.

    Gangga Negara

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...