Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GEMPARR : KEBIADAPAN ADUN KUALA SEPETANG

Pages

Wednesday, March 31, 2010

GEMPARR : KEBIADAPAN ADUN KUALA SEPETANG


KC turut berada di Sidang DUN Perak. Apabila Dato' Ganesan selaku Speaker memulakan perbahasan, sikap pembangkang haprak ini sedari mula sahaja ingin menggangu dewan bersidang. Dengan suara yang terjerit2 memaki hamun Dato' Speaker menunjukkan kepada masyarakat bahawa sikap kebudak-budakan pembangkang.

Sikap tidak menghormati dewan dengan bangun sesuka hati, membawa poster yang mencerca pemimpin negeri, dan pelbagai kelaku yang tidak menunjukkan sikap seorang wakil rakyat yang matang ditunjukkan kepada rakyat.

Lebih menyakitkan hati mereka ini keluar dewan sambil menjerit-jerit... biadap serta angkuh kerana tidak menghormati dewan yang mulia. Tiba-tiba orang ADUN yang KC rasa cukup2 biadap lalu menghampiri YB Dato' Seri Dr. Zambry lalu melakukan provokasi dengan cuba menampar beliau.

Tahniah kepada para Bentara yang dengan segera menahan ADUN biadap ini dari cubaannya untuk menampar MB Perak. Lalu puak-puak ini berlalu dan berhimpun di perpustakaan SUK utk mengadakan sidang media..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...