Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GEMPAR : PEMUDA UMNO & PUTERI UMNO TIDAK WUJUD

Pages

Sunday, March 14, 2010

GEMPAR : PEMUDA UMNO & PUTERI UMNO TIDAK WUJUD


IPOH - Persoalan sama ada Pemuda UMNO dan Puteri UMNO di Perak wujud atau tidak tiba-tiba timbul kerana dua sayap parti Barisan Nasional (BN) itu didakwa tidak membantu pentadbiran kerajaan BN ang diterajui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, En. Sulaiman Mohd Zaini berkata, disebalik keperihatinan MB mengadakan lawatan kerja dari daerah ke daerah, dari kampung ke kampung, kedua-dua sayap ini lansung tidak memberi sebarang komitmen. " Seolah-olah dua sayap ini diibaratkan sebagai hidup segan mati tidak mahu, apa yang mereka buat, lansung tidak nampak," katanya ketika di temui di pejabat Sinar Harian disini.- sumber Sinar Harian



KC : TERKEJUT JUGA KC BILA TERBACA CORETAN SEORANG KETUA CAWANGAN YANG MERASA TERKILAN KERANA PEMUDA DAN PUTERI TIDAK IKUT SERTA DALAM PROGRAM YANG DIHADIRI OLEH MB PERAK KITA.

DENGAN RASA PENUH TANGGUNGJAWAB , KC PERLU MENDAPAT PENJELASAN DARIPADA ORANG KUAT PEMUDA ATAU PUTERI. AWAL2 PAGI KC TERUS TELEFON KETUA PUTERI UMNO PERAK, PN SALBIAH MOHAMED, KATANYA SEDANG MENGHADIRI SATU PROGRAM DI SEBUAH KAMPUNG.

RESPON DARIPADA KETUA PUTERI PERAK, BELIAU SEBENARNYA SEDIKIT KECEWA DENGAN KENYATAAN SAUDARA SULAIMAN MOHD ZAINI KERANA SEBENARNYA BAIK PUTERI ATAUPUN PEMUDA NEGERI SEKARANG SEDANG SIBUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA RAKYAT DAN UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, PUTERI UMNO PERAK TELAHPUN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM SEPERTI PROGRAM TURUN RUMAH KE RUMAH MASUK KAMPUNG DENGAN MENGULURKAN BANTUAN KEPADA WARGA EMAS DAN MISKIN TEGAR SERTA OKU.

PELBAGAI KURSUS YANG BERJAYA DIATUR YANG MANA PENGLIBATAN GENERASI MUDA IAITU PENGUNDI MUDA TELAHPUN DILAKSANAKAN HAMPIR DISEMUA BAHAGIAN DI NEGERI PERAK.

PERGERAKAN PUTERI SEHARUSNYA MEMPUNYAI KEKUATANNYA SENDIRI DAN BUKANNYA HANYA BERGANTUNG KEPADA KEHEBATAN MB PERAK SAHAJA YANG BANYAK TURUN PADANG BERJUMPA DENGAN RAKYAT. INI MENJADI CONTOH KEPADA PUTERI UMNO PERAK UNTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MELALUI RESEPINYA SENDIRI.

BELIAU JUGA MENEGASKAN AGAR SETIAP AHLI UMNO PERLU MENUMPUKAN SELURUH KEKUATAN UNTUK MENJAGA BAHAGIAN MASING2 SUPAYA DAPAT MENARIK HATI MASYARAKAT SUPAYA SAYANGKAN UMNO. BELIAU JUGA MENYERAHKAN KEPADA PUCUK PIMPINAN SERTA MASYARAKAT UNTUK MENILAI SENDIRI JASA DAN PENGORBANAN PUTERI UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT.

KC SEBENARNYA BANGGA DENGAN APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PN. SALBIAH MOHAMED SELAKU KETUA PUTERI UMNO PERAK, TELAH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BELIAU DENGAN SEBAIK MUNGKIN. BIARLAH APA ORG NAK KATA, YANG PENTING NAWAITU DAN KERJA KITA UNTUK RAKYAT.

PS : RUPA2NYA CAWANGAN EN.SULAIMAN MOHD ZAINI SENDIRI PUN BELUM WUJUD PUTERI. LA... PATUT LA PUN....




1 comment:

  1. Hilang cerita mamak parpukari. Kini lahir mamak Sulaiman.. Memang gila publisiti punya mamak. Apa tindakan UMNO Bahagian Parit Buntar? Aku rasa mamak nie sebenarnya GUNTING DALAM LIPATAN UMNO. Jadi awas

    Mai ler lawat blog baru aku... http://speakerdun.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...