IPOH: Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak (BN BBC Perak) malam ini meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap rancangan pihak tertentu untuk mengganggu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak esok. Pengerusinya, Datuk Nadzri Ismail, berkata beiau difahamkan ada pihak terbabit akan menggunakan taktik kotor dengan menyamar sebagai ahli Pergerakan Pemuda Umno dan penyokong kerajaan.
Katanya, mereka terbabit merancang untuk membuat kecoh dengan menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terutama daripada pakatan pembangkang daripada menghadiri sidang DUN itu. "Ini akan membuktikan tuduhan liar yang Umno dan Barisan Nasional akan menggunakan kekerasan bagi menghalang mereka daripada menghadiri sidang DUN. "Saya ingin menegaskan kegiatan tidak bertamadun dan biadap ini bukan tradisi dan budaya Umno. "Saya juga memohon supaya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan supaya cubaan ini tidak dapat direalisasikan," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.
DUN Perak akan bersidang esok untuk pembentangan Bajet 2010 negeri. Nadzri berkata, beliau sudah mendapat jaminan daripada Ketua Pemuda Umno Perak bahawa ahli pergerakan itu tidak pernah berniat atau berhasrat untuk menghalang mana-mana Adun daripada menghadiri sidang DUN itu. Katanya, taktik kotor itu bukanlah satu perkara luar biasa kerana sejak Barisan Nasional menubuhkan kerajaan negeri pihak terbabit mencuba pelbagai cara untuk meruntuhkannya. "Saya bagi pihak Adun penyokong kerajaan mengutuk sebarang usaha tidak bertamadun ini," katanya.

KC : Amat-amat bersetuju dengan kenyataan Datuk Nadzri Ismail tentang pihak pembangkang yang akan mengganggu Sidang DUN kerana KC telah berada sejak 3 hari yang lalu di Ipoh. Sememangnya pembangkang dengan sengaja membuat provokasi yang melampau supaya pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang boleh menampakkan pihak mereka ini berada dipihak yang benar.
Jelas sekali selepas keluar dewan, puak-puak ini terus mengadakan Sidang Media di SUK kerana pada hari pertama, sidang media yang diadakan di wisma DAP tiadak mendapat sambutan dari para wartawan yang hadir.
Dengan pelbagai kenyataan yang lebih bersifat pembohongan, pembangkang ini cuba menipu wartawan dengan pelbagai tomahan. Akan tetapi segala perwatakkan pembangkang ini dapat di lihat dengan begitu jelas secara langsung di bilik media yang disediakan untuk membuat liputan oleh semua wartawan.
Provokasi yang melampau oleh ADUN Kuala Sepetang dengan tindakannya untuk menampar MB Perak adalah perkara yang cukup biadap yang disaksikan oleh semua wartawan termasuk KC sendiri. Tiada lagi nilai-nilai murni yang boleh didapati oleh wakil rakyat pembangkang.
Dalam penggulungan Sidang DUN oleh MB Perak, pembangkang telah melihatkan satu dua sikap yang cukup berbeza, sikap lakonan diluar dewan dan sikap kebiadapan semasa berada di dalam dewan. Sidang DUN Perak elesai pada jam 3 petang dan ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

No comments:
Post a Comment