Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: APAHAL DENGAN PAS NIE..???

Pages

Thursday, April 12, 2012

APAHAL DENGAN PAS NIE..???

Apabila satu demi satu kontroversi dan masalah melanda PKR, mereka berasa beruntung apabila Pas muncul menjadi pembela setia mereka. Berbanding DAP yg lebih kerap berdiam diri dalam memberi sebarang ulasan terhadap isu melibatkan pemimpin PKR, pemimpin Pas jauh lebih taksub mempertahankan rakan sekutunya.

Baru2 ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, parti itu akan tetap bersama Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Ia bermakna apa kontroversi yg dicetuskan oleh Anwar termasuk menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel, Pas tetap akan bersama Anwar. Dan beberapa hari lalu pula, Presiden Pas, Hadi Awang pula muncul membuat kenyataan bahawa segala tuduhan dan dakwaan ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanyalah fitnah dan mainan politik pembangkang.

Walaupun kontroversi melibatkan Anwar dan Azmin bukan sahaja disertakan dengan bukti dan cabaran namun pemimpin2 Pas mengamalkan sikap memejamkan mata sahaja. Mereka tidak mahu dalam keghairahan yg semakin memuncak untuk bersama2 PKR dan DAP menawan Putrajaya, ia dibantutkan dengan isu yg melanda pemimpin2 PKR.

Oleh itu walaupun amat memahami bahawa tindak tanduk pemimpin2 PKR telah menghakis imej pakatan pembangkang dan mencalarkan harapan bagi melihat rakyat menyokong pakatan berkenaan dalam pilihan raya namun pemimpin Pas tidak ada pilihan.

Mereka sanggup mengetepikan soal mencari kebenaran dan menegakkan keadilan semata2 untuk memastikan kepentingan politik mereka tidak terjejas. Sebab itulah Pas pada masa ini dilihat benar2 sudah terhakis jati diri mereka dan sanggup bersedia berkompromi dalam apa juga perkara demi kepentingan politik. Walaupun tindakan pemimpin2 PKR dilihat turut sama menjejaskan imej Pas, namun Pas tidak berbuat apa2 malahan mereka terus istiqamah untuk bersama2 dengan PKR dan DAP.

Di Kota Bharu baru2 ini, pemimpin Pas bersama2 dengan Anwar mengadakan ceramah perdana.

Pada Sabtu lalu, pemimpin2 Pas sekali lagi berada sepentas dengan pemimpin kedua2 parti berkenaan atas nama Munajat Perdana Mempertahankan Selangor. Tetapi semua orang tahu apa yg berlaku di negeri berkenaan, apabila Pas yg turut serta dalam pentadbiran kerajaan PKR Selangor hanya sekadar 'pak turut' sahaja.

Pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali daripada Pas berikutan tindakan beliau ingin mempertahankan prinsip perjuangan parti itu sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak ada apa2 kuasa. Di kalangan pengikut di peringkat akar umbi mereka semakin keliru dan tertanya2, apakah Pas kini sudah semakin lemah sehingga terpaksa berkorban apa sahaja demi meraih kuasa bersama kedua2 parti berkenaan.

Perasan muak dan bosan dengan keterujaan pemimpin2 Pas mempertahankan salah laku pemimpin PKR semakin ketara di kalangan ahli2i akar umbi.

Selain itu, mereka juga bimbang semangat untuk berjuang habis2an di kalangan ahli Pas semakin luntur dan terhakis kerana pembangkang dilihat sudah ketandusan isu.

Keadaan itu ditambah pula dengan kerajinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang bertemu rakyat. Langkah kedua2 pemimpin negara itu benar2 memberi tamparan hebat kepada pembangkang memandangkan rakyat semakin merasai siapa sebenarnya memperjuangkan nasib mereka.

Apa pun yg lebih menjadi persoalan ialah mengenai masa depan politik Pas. Parti itu dilihat bukan sahaja semakin goyah di Kedah malahan semakin tergugat di Kelantan. Begitu juga di seluruh negara, di sesetengah negeri, Pas dilihat tidak ada harapan untuk memenangi kerusi yg banyak kerana rakyat terutamanya orang Melayu semakin meragui keupayaan parti itu. Segala2nya kerana Pas pada masa ini dilihat terlalu bergantung kepada PKR dan DAP serta berupaya untuk menunjukkan ketegasannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Sikap Pas yg terlalu bertolak-ansur dan tidak tegas apabila berhadapan dengan isu2 melibatkan pemimpin2 PKR dan DAP telah memungkinkan parti itu dilihat semakin tiada prinsip politik. Lebih mengecewakan pengikut parti itu sendiri, Pas juga bersedia bersekongkol dengan mainan janji2 pemimpin2 PKR, biar pun mereka tahu ia sukar untuk dilaksanakan.

Justeru, ramai yg berpandangan jika Pas terus bersikap dengan demikian, tidak mustahil parti itu akan mencatatkan prestasi paling buruk dalam sejarah penubuhannya dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kita percaya, Pas tidak akan mempercayai fakta berkenaan kerana mereka sudah 'dibuai mimpi indah' ke Putrajaya, biar pun semua orang tahu itu hanya sekadar satu mimpi!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...