Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: AWASS.. KELUAR UNDI AWAL DI TENANG

Pages

Sunday, January 30, 2011

AWASS.. KELUAR UNDI AWAL DI TENANG

KC mengucapkan Selamat Mengundi kepada seluruh pengundi-pengundi di DUN Tenang dan diberi petunjuk dan hidayah untuk memilih Barisan Nasional. Semoga kemenangan itu nanti membawa satu perubahan ke arah kecemerlangan kawasan Tenang.

LABIS, 29 Jan – Timbalan Perdana Menteri menasihatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang supaya keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu dan tidak bimbang tentang soal keselamatan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Polis Johor,  Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa keselamatan pengundi sepanjang tempoh pengundi esok adalah terjamin.

"Saya ingat menasihatkan untuk beramai-ramai keluar mengundi kerana kita mengharapkan sokongan yang kukuh. Kita juga mengharapkan peratusan yang keluar mengundi akan tinggi.

"Saya berkeyakinan pengundi di Tenang akan keluar mengundi walaupun dalam keadaan ribut taufan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan di Masjid Pekan Ayer Panas di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang esok akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dan calon Pas, Normala Sudirman.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan calon Pas, Mohd Saim Siran dengan majoriti undi sebanyak 2,492.

Timbalan Perdana Menteri berkata calon BN telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen di mana beliau berjaya menemui 80 peratus daripada pengundi berdaftar sehingga hari ini.

"Saya berkeyakinan pengundi akan menerima beliau," katanya.

Mengenai sokongan pengundi Cina, beliau berkata pilihan raya kecil DUN Tenang ini akan menyaksikan perubahan yang lebih positif, berbanding keadaan lepas.

Muhyiddin berkata pihaknya mendapat maklumat semalam bahawa pembangkang membawa ramai orang luar, berkemungkinan untuk membuat sibuk, menyekat atau menghalang pengundi daripada keluar mengundi.

"Atau mereka (orang luar yang dibawa pembangkang) mahu menimbulkan ketegangan supaya pengundi takut untuk mengundi," katanya dan menambah, orang luar itu membawa budaya kasar dan tidak tahu budaya tempatan.

Beliau berkata tindakan pihak pembangkang membawa orang luar adalah biasa setiap kali berlakunya pilihan raya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...