Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: 'SUMPAHAN' DR.MAHATHIR BAKAL BERAKHIR.

Pages

Wednesday, March 7, 2012

'SUMPAHAN' DR.MAHATHIR BAKAL BERAKHIR.

Teringat kisah 19 tahun dulu, dikala PAS menyapu bersih kerusi 32-0 dalam PRU 1990. PM ketika itu, Dr Mahathir mengulas kekalahan teruk UMNO Kelantan dengan mengatakan dalam masa 20 tahun, jangan mimpi UMNO Kelantan boleh rampas Kelantan. Kini sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan. Dan PRU-13 adalah yg pertama setelah tempuh yg diberikan Tun.M itu tamat, & ini juga bermakna tinggal beberapa bulan saja lagi untuk PAS "selamat" dari kekalahan di Kelantan menjelang PRU akan datang.

Kini anak2 didik UMNO Kelantan, semasa UMNO tumpas 19 tahun sudah besar panjang. Dulu mereka berada di KEMAS, kini sudah lulus Universiti dan menjadi anak muda yg berjiwa baru. Tinggal beberapa bulan lagi, kata2 ( sumpahan?) Dr Mahathir akan berakhir. Maaf, saya tidak percaya "sumpahan" Mahathir itu benar. Cumanya terfikir juga mengapa beliau ucapkan kata2 tersebut. Barangkali 2 perkara yg Mahathir fikirkan ketika itu :

1) Zaman golongan veteran UMNO telah berlalu. Karier politik Anuar Musa, Awang Adek, Mustafa Mohammad bakal berakhir. Mereka akan diganti Generasi KEMAS tahun 1990.

2) Umur TG Nik Aziz semakin tua. Jawatan MB akan menjadi perebutan sesama pimpinan PAS.

Melihat pelbagai peristiwa yg "terhidang" setiap hari mengenai politik Kelantan akhir2 ini, mungkin mengiyakan kata2 Dr Mahathir 19 tahun dulu. Lagi pun TG Nik Aziz menganggap Mahathir seorang yg cerdik dan bijaksana. Cumanya beliau seorang berfikiran sekular. Sama2lah kita lihat kebenaran kata2 Tun Dr.M ini, kerana selalunya telahan & jangkaan beliau tidak pernah salah. Semoga sinar baru akan terbit di Kelantan dalam tahun 2012 ini …. Amin …

2 comments:

  1. Insyaallah...ameen Ya Robbal 'Alameen...

    ReplyDelete
  2. ... kepada mereka yang mata hatinya tidak buta dan kebetulan ada sikiiittt pengetahuan 'metafizik'... akan menyedari bahawa TDM tu sebenarnya dah sampai tahap wali.... (antithesis dia tu tentunya anugerah tuhan dan sekutunya si wali terompah) .. hanya jauhari mengenal manikam... gulungan depa ini tidak semestinya berjubah, bawa tasbih ke hulu ke hilir dan jalan atas air.... lihat ler.. dah nak cecah umur 90 masih waras, bernas dan tidak pekak, kawan dan lawan, suka atau tidak 'repect' pada dia, Malaysia negara bertuah, bukan sahaja tidak pernah di landa bencana alam besar-besaran, malahan setiap inci buminya subur dan juga di kurniakan ramai pemimpin yang ulung, semoga generasi akan datang tidak mensia-siakan rahmat yang di kurniakan selama ini ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...