Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANASSS : HARAM BAGI PAS AMBIK 10% BR1M.

Pages

Monday, March 5, 2012

PANASSS : HARAM BAGI PAS AMBIK 10% BR1M.

KC terpanggil untuk mengulas isu yang diutarakan oleh Blogger Taiping Central [ http://taipingcentral.blogspot.com/2012/03/bukti-photo-pas-taiping-kerah-ahli.html?m=1 ] kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat. Kerana bagi KC sepatutnya PAS berasa malu untuk meminta ahlinya menyerahkan 10% duit BR1M kepada PAS kawasan bagi kegunaan PRU 13.

Kalau sebelum ini segala macam tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan BN berhubung pemberian BR1M kepada rakyat [ http://mymassa.blogspot.com/2011/12/fatwa-baru-pas-br1m-haram.html ] sehingga mengHARAMkan kepada sesiapa yang menerimanya, hari ini PAS semacam menukarkan fatwanya untuk kepentingannya sendiri.

Berikut kenyataan Media oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pemimpin No.1 Perak:

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

"Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

Surat bertarikh 1 Disember 2011 itu bertajuk 'Rayuan sumbangan derma one off RM50 atau 10 peratus daripada ganjaran pemberian daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) sebanyak RM500 kepada mereka yang bekerja dan berpencen pada bulan Disember 2011 untuk 'tabung pilihan raya N16 Kamunting'.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain tidak menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia mungkin sebahagian daripada cara Pas Cawangan Kamunting untuk menggalakkan ahlinya bersedekah.

Abu Bakar turut menegaskan, tidak wujudnya paksaan untuk ahli cawangan itu menyerahkan wang bantuan tersebut.

Menurut Zambry, rakyat perlu menilai perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan konsep negara berkebajikan tetapi tergamak mengambil kesempatan terhadap golongan miskin demi kepentingan politik.

Tindakan Pas Kamunting itu jelas beliau, menunjukkan parti itu dalam keadaan terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum sehingga sanggup mengambil wang yang diberikan kerajaan kepada golongan miskin untuk menampung agenda politik.

"Mereka sudah tiada jalan lain. Jadi, mereka gunakan orang miskin yang kita bantu bagi tujuan kepentingan politik mereka dan apabila minta komen, katanya Pas menggalakkan ahlinya bersedekah dan mereka tidak ada rasa bersalah langsung," katanya.

Berikut pula adalah Kenyataan Media YB Dato Mohamad Zahir Dato Khalid, ADUN Kamunting :

"Isu PAS Taiping minta ahli yg terima BR1M beri 15% kpd parti ialah "BN dari dulu lagi jalankan dasar bantu & beri sumbangan kpd org susah/miskin tanpa mengira latar belakang politik. PAS pula yg beriya-iya nak tubuhkan negara berkebajikan laksanakan "cukai" atas org susah (penerima BR1M). Rakyat umum termasuk ahli Pas patut merenung & ambil iktibar perkara ini."

Oleh itu, peringatan KC kepada pengundi di DUN Kamunting khususnya dan seluruh Malaysia amnya, TEPUK DADA TANYA SELERA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...