Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: SIAPA KATA PULAU PINANG MAJU KERANA DAP..??

Pages

Tuesday, March 20, 2012

SIAPA KATA PULAU PINANG MAJU KERANA DAP..??

Lim Guan Eng kata Penang semakin maju sejak Dap berkuasa. Mari kita semak fakta sebenar. Pulau Pinang adalah kawasan bukit dan lembah. Ada pulau, laut dan darat, ada orang kaya, sederhana dan melarat. Ekonomi Pulau Pinang telah berkembang dengan pesat.

Dahulu kawasan pertanian dan perkhidmatan interport, sekarang pula berkembangnya industri sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sebelum merdeka, daripada 10 orang, tujuh atau lapan orang golongan miskin di kampung bertani berbanding nelayan. Cuma dua atau tiga orang bergaji tetap seperti guru, kerani dan pekerja am.

Hanya dalam masa 50 tahun, kerajaan BN berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat di Pulau Pinang. Kalau daripada 10 orang, masih terdapat satu atau dua orang susah dan miskin, tetapi lapan orang lagi telah hidup selesa sederhana atau keluar daripada paras kemiskinan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pulau Pinang untuk 1970 hanyalah RM1.25 bilion meningkat ke RM17 bilion pada 2002, yakni dalam masa 30 tahun. Ia meningkat 30 kali ganda kepada RM32 bilion pada 2008 di bawah kerajaan BN. Bukan mudah memacu pertumbuhan ekonomi - 30 kali ganda dalam 40 tahun. Kalau kita tengok pelaburan asing, tahun 80-an > RM4 bilion, 90-an > RM20 bilion, tahun 2000 hingga 2008 > RM 40 bilion.

Sejak 1995, Pulau Pinang mencatat kedudukan antara 10 bandar raya terbaik Asia untuk didiami - bukan mudah nak dicapai tahap ini. Di bawah BN, ia berusaha selama 12 tahun tidak henti2 sebelum mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai bandar raya Warisan. Ini adalah hasil daripada kejayaan menyediakan infrastruktur untuk kemudahan rakyat dan perniagaan. Di Pulau Pinang, kedapatan lapangan terbang dan pelabuhan bertaraf antarabangsa, pengangkutan darat yg cukup baik dengan lebuh raya.

Demikian juga dengan jambatan Pulau Pinang dan jalan2 negeri dan persekutuan yg meliputi semua kawasan dan pasaran pekerja tempatan yg baik dan mudah didapati. Adakah ini semua atas daya usaha Dap atau Lim Guan Eng yg baru berkuasa tak sampai satu penggal?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...