Tindakan bekas Ketua Polis Negara (KPN),Tan Sri Musa Hassan Musa yang mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya kerana dia kini dalam proses menikmati kebebasan bersuara.
"Dia sudah bersara dan dalam proses menikmati kebebasan bersuara, jadi biarlah dia meluahkan pandangannya," kata Tan Sri Syed Hamid Albar adalah Menteri Dalam Negeri ketika Musa menjadi KPN.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi yang melanda Musa Hassan dan Hishamuddin apabila bekas KPN itu mendakwa Menteri Dalam Negeri itu campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya.
"Sungguhpun begitu semua pihak harus memahami secara jelas garisan pemisah di antara penguatkuasa undang-undang dan ahli politik. Selalunya di antara penggubal undang-undang dan penguatkuasa undang-undang, kami banyak berinteraksi, tetapi sejauh mana interaksi itu diterjemah sebagai campur tangan atau tidak, itu terpulang," kata Syed Hamid kepada Agendadaily, Jumaat.
Ditanya sama ada dia sendiri pernah campurtangan dalam urusan PDRM sepanjang tempohnya menjadi Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid berkata dia tak pernah berbuat demikian.
"Seingat saya, kami tidak pernah mengarahkan apa yang patut Polis buat kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.
Hamid berkata hubungannya dengan golongan profesional sentiasa baik dan tidak berhadapan dengan masalah. "Apa saja pandangan yang mereka berikan, itu adalah hak mereka," katanya.
Ahli Parlimen Kota Tinggi itu percaya, kontroversi berkenaan tidak akan menjejaskan UMNO dan dakwaan itu ditimbulkan mungkin kerana pilihanraya sudah hampir.
"Saya fikir apa saja usaha untuk menjejaskan nama baik kita (UMNO) atau apa sahaja sekalipun tidak akan berhasil," kata Syed Hamid, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
- AD
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment