Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: February 2012

Pages

Saturday, February 25, 2012

TERKINI : USTAT BADRUL AMIN DITANGKAP.


Terkini:
Ustaz Badrul Amin Bahrum ditangkap khalwat di Pahang oleh Jabatan Agama Islam Pahang .

Badrul Amin yang terkenal dengan ceramah mencarut,maki hamun dan fitnah ini di tangkap bersama pasangannya disebuah bilik semasa retreat parti.

Sekarang ini dikatakan sedang kecoh dikalangan ahli PKR Pahang .Beliau terkenal apabila menggelar mantan mufti Perlis sebagai bapak setan. Crt politik harian


Friday, February 24, 2012

TAKTIK PAS PERTAHANKAN ANWAR

SHAH ALAM, 22 FEB: Pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat ke atas sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dengan membangkitkan isu kapal dagang negara itu singgah di pelabuhan Malaysia.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan isu kapal Israel di perairan negara adalah tertakluk kepada undang-undang antarabangsa tetapi diperalatkan oleh Pas untuk menutup sokongan Anwar terhadap rejim Zionis. Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.
Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.
Menurutnya, kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
Justeru, anak kapalnya tidak dibenarkan ke darat dan syarikat perkapalan itu sendiri tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusniaga.
Petang ini, Pemuda Pas dijadualkan mengadakan tunjuk perasaan di West Port membantah kemasukan kapal kargo daripada negara itu di perairan negara.
Mengulas protes itu, Mahathir berkata ia hanya bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada pendirian Anwar mengiktiraf rejim Zionis itu.
"Dia (Anwar) memang menyokong Israel, jadi NIk Aziz cuba pertahan dia dengan menyoal kenapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel masuk ke pelabuhan Klang,” kata Mahathir.
"Ia adalah satu amalan antarabangsa dan kalau hendak adakan satu sekatan, mungkin perlu rujuk kepada undang-undang antarabangsa berhubung isu ini," katanya.
Anwar semalam berkata Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah negara jika rejimnya berundur daripada tanah Palestin dan menghentikan segala kekejaman terhadap penduduk negara itu.
Pendirian itu disampaikan kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun NIk Aziz sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan sekali pun.
Mahathir bersetuju Israel tidak boleh disokong dalam apa keadaan sekali pun.
"Yang saya tahu kita tidak boleh sokong Israel sama sekali. Yang pertamanya negara ini hasil rampasan Wilayah orang lain yang tidak diiktiraf walaupun dunia iktiraf Israel tetapi dia adalah hasil rampasan,” kata beliau.
"Dan dia (Israel) membelakangkan undang-undang antarabangsa dan adakan sekatan ke atas Gaza dan sebagainya . Inikah manusia yang kita patut jaga keselamatan dia...orang patut jaga jangan bagi dia (Israel) serang negara lain bukan bagi dia sokong keselamatan Israel,” tambah Mahathir.
"Jadi ini satu rejim yang cukup zalim, kalau Amerika hendak tukar rejim, inilah rejim yang patut tukar dahulu," katanya.



Tuesday, February 14, 2012

SAMBUTAN VALENTINE'S DAY : SESIAPA SAMBUT AKAN DITANGKAP..!!!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.

"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.

Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.

Monday, February 13, 2012

TAHNIAH : PERLANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA BN TAPAH.

Tahniah kpd Pemuda BN Tapah di atas kejayaan konvoi dan pelancaran Jentera PRU 13 Pemuda BN Tapah pada 03hb Febuari 2012 itu hari dari KC. Tahniah juga kpd YB Dato Samsudin, YB Dato Dr Mah, YB Dato Saravanan dan Ketua Pemuda Tapah Cikgu Din. BN Pilihan Orang Muda.
 
Perlancaran yang dimulai dengan konvoi bermotor Pemuda BN Tapah dari Bangunan UMNO Bahagian Tapah ke Bidor. Konvoi yang hampir 300 buah motor telah diketuai oleh YB Pengerusi BN Tapah merangkap ADUN Ayer Kuning,YB Dato Samsudin dan YB ADUN Chenderiang. Ketika konvoi sampai di Bidor, mereka disambut oleh YB Ahli Parlimen Tapah. Tahniah Pemuda Barisan Nasional Tapah atas Perlancaran Jentera Pemuda BN Tapah.
 
 
Ini adalah langkah permulaan dalam merencanakan program dan susun atur gerak kerja pilihanraya. BN Tapah BOLEHH!!
 

PANASS : HAJI HADI SANGGAH KENYATAAN ANUAR.

Kesian pulak KC tengok Haji Hadi cuba mempertahankan Islam sorang-sorang , sebab katanya "Haram terima kewujudan Israel" tapi lain pulak si Anuar pula sokong usaha keselamatan pendudukan yahudi yakni Israel di Palestin ( anwar berani menidakkan di twitter itu pun apabila disoal. MEDIA UMNO FITNAH.) Itulah jawapannya. Takat tu je dia ada berani.

Kenyataan penuh dari Hadi Awang :

Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.

Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya' dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat.

Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.

Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka.

Sejarah membuktikan hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.

Sunday, February 12, 2012

AZMIN ALI KATA DIA TAK MAHU BERTANDING DALAM PRU13.

Angin tak ada, ribut pun tak ada, alih-alih kekasih Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan dalam TWITTERnya yang dia tidak akan bertanding dalam PRU akan datang. Malah dia akan 'bersara' dari politik. Dan yang menariknya, semuanya itu berlaku sejurus selepas tercetusnya berita penangkapan kekasih Elizabeth Wong, Helmi Malik oleh pihak berkuasa Indonesia kerana memalsukan dokumen perjalanan diri.

Dan menyusul selepas berita penangkapan kekasih Elizabeth Wong yang terlibat dalam rakaman gambar bogel ADUN Bukit Lanjan itu serta penyebaran gambar-gambar selain klip video adegan asmaranya dengan Elizabeth Wong adalah pendedahan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin, bekas penulis blog yang suatu ketika mendapat sanjungan tinggi daripada Pakatan Rakyat.

RPK dalam empat artikelnya mendedahkan tentang penyelewengan pasir di Selangor yang turut membabitkan nama Azmin Ali. Sekalipun Shuhaimi Shafie cuba 'membersihkan' nama Azmin Ali dengan menyatakan, Azmin yang dinyatakan oleh RPK sebenarnya adalah Azmin Karim, pegawai kepada Shuhaimi  Shafie, ADUN Sri Muda.

Menariknya, ketika cuba 'membersihkan' nama Azmin Ali, Shuhaimi telah tersalah sebut tentang wang yang telah diterima oleh Azmin Karim, sedangkan wang itu perlu disalurkan terus kepadanya. Kononnya wang tersebut telah diberikan oleh pemilik Double Dignity, syarikat yang disokong oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari untuk mencuri pasir, Adnan Abdul Mokhtar kepada seorang rakan 'A' di Kota Damansara yang menghadapi masalah kewangan untuk membuka syarikat Smartreaders.

Shuhaimi bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan mengapa pula pegawainya yang menerima dan menyimpan wang tersebut dan bukannya dia sendiri!
Azmin Ali mungkin sudah dapat melihat bahaya yang sedang menantinya. Lantaran itu, dia memilih untuk menjaja harga dirinya sepertimana yang dilakukan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam… mungkin itulah peribahasa yang paling sesuai untuk kekasih Anwar Ibrahim itu.

Dalam banyak 'kisah' , Azmin Ali adalah tukang dalang utamanya. Namun berbeza dengan pemimpin-pemimpin PKR lain yang gemar mencari nama atau glamour tidak tentu arah, Azmin lebih senang menyembunyikan nama dan peranannya. Dia seperti tidak mempunyai sebarang peranan, sekalipun dialah sebenarnya yang menjadi dalang penting dalam semua aktiviti membabitkan PKR. Tanpa Azmin Ali, PKR ibarat seperti sebuah parti politik yang ahlinya hanyalah PAPA JAHAT, ibu dan anak.

Justeru pengumuman yang dibuat oleh Azmin Ali, kononnya dia tidak mahu bertanding lagi dalam PRU dan sudah bosan dengan dunia politik, sebenarnya tidak lebih dari satu gurauan semata-mata. Azmin Ali seperti juga ahli-ahli politik yang lain tidak akan semudah itu berputus asa kecuali kerana sangat yakin partinya sudah hampir berkubur.

Sememangnya PKR sedang dihimpit dengan dosa-dosa silam mereka. Naik kerana melakukan fitnah dan tohmahan, PKR yang suatu ketika hanyalah sebuah parti kecil di Permatang Pauh, berjaya menguasai gelombang tsunami pada 2008. Ketidaksediaan PKR boleh dilihat menerusi kehadiran wakil-wakil rakyat PKR yang bukan sahaja tidak bermutu, bahkan langsung tidak boleh diharap, selain masing-masing berwajah seperti musang, perompak dan lanun keparat.

Barangkali disebabkan itulah juga Azmin terpaksa bermain politik geli ketiak seperti membuat pengumuman dia tidak akan bertanding dalam PRU akan datang!

Dan boleh jadi juga, itu adalah taktik yang diajarkan oleh kekasihnya, Anwar Ibrahim supaya bukan sahaja Azmin akan menjadi pemangkin kepada ahli-ahli serta pemimpin PKR lain agar bekerja kuat, bahkan kota di sekeliling Anwar Ibrahim juga akan bertambah tebal dan kebal. selangorsdaily

Wednesday, February 8, 2012

NIK AZIZ PERLU BERI PENJELASAN ISU PERJANJIAN 2002.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mendesak kerajaan Pas Kelantan memberi penjelasan berhubung perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2002 dengan sebuah syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco) untuk menjalankan projek pembangunan di Lembah Sireh di sini.

Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, ini kerana melalui perjanjian yang dimeterai itu, kerajaan negeri bersetuju memberikan tanah seluas kira-kira 400 hektar kepada pemaju tersebut dengan bayaran premium hanya sebanyak RM1 juta dan sebagai ganti, pemaju perlu menjalankan beberapa projek di negeri ini membabitkan kos dianggarkan RM370 juta.

Wan Khairul mendakwa, dalam dokumen perjanjian yang dimilikinya, pemaju disyaratkan membina sebuah masjid bernilai RM20 juta, membangunkan jambatan penghubung Kampung Cina di sini dengan Palekbang Tumpat sebanyak RM150 juta, membina jambatan berkembar bersebelahan Jambatan Sultan Yahya Petra (RM160 juta), membina sebuah stadium tertutup wanita (RM25 juta) dan memasukkan wang ke dalam tabung perumahan sebanyak RM15 juta.

Dakwa beliau, persoalan utama timbul kerana dalam dokumen dinyatakan bahawa perjanjian tersebut tamat selepas 12 tahun iaitu sekitar tahun 2014 namun semua syarat yang ada dalam perjanjian masih belum dibangunkan sedangkan tempoh yang tinggal hanya dua tahun lagi.

Tambahan pula dakwa beliau, melalui dokumen yang diterimanya daripada sumber sahih, beberapa klausa dalam perjanjian itu menyatakan sekiranya kerajaan Pas Kelantan berhasrat membangunkan sendiri projek-projek yang disyaratkan dalam perjanjian, Liziz Standaco perlu memberikan wang mengikut jumlah kos yang ditetapkan kepada kerajaan negeri.

"Begitu juga dengan klausa berhubung jambatan berkembar iaitu pemaju perlu membinanya tetapi kalau kerajaan negeri sendiri nak buat mereka perlu masukkan duit kepada kerajaan negeri.

"Bagaimanapun sekarang, kita tahu jambatan berkembar itu sedang dibangunkan oleh kerajaan Pusat dan hampir siap jadi persoalannya adakah kerajaan negeri sudah menerima wang RM160 juta iaitu kos yang ditanggung kerajaan Pusat dan di mana wang itu.

"Jadi di sini beberapa perkara menimbulkan tanda tanya kerana semua syarat dalam perjanjian belum dibangunkan sedangkan tempohnya hampir tamat malah Lembah Sireh juga sudah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wan Khairul berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat kerana tanah yang diberikan itu sangat luas tetapi premium yang diterima cuma RM1 juta justeru ia menandakan satu kegagalan dan kemungkinan berlaku 'sesuatu' jika semua syarat perjanjian tidak dipatuhi.

Dakwa beliau lagi, penjelasan turut perlu diberikan sama ada kerajaan negeri ada menerima apa-apa bayaran dan di manakah duit itu sekarang disimpan atau adakah ia telah dibelanjakan.

"Banyak perkara yang sangat mencurigakan termasuklah syarat membina jambatan menghubungkan Kampung Cina dan Palekbang kerana batu asasnya telah diletakkan beberapa tahun sebelum perjanjian itu.

"Adakah ini bermaksud kerajaan tidak mampu melakukannya sehingga memasukkannya dalam syarat perjanjian yang sampai sekarang pun masih belum dibina," tegas beliau.

Sebagai rekod, batu asas telah dipasang kerajaan Pas Kelantan di Palekbang kira-kira 18 tahun lalu kononnya untuk membina jambatan merentasi Sungai Kelantan menghubungkan antara Kampung Cina di Kota Bharu dan Tumpat.

Tambah Wan Khairul, OMBAK masih memberi peluang kepada kerajaan Pas Kelantan terutama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan perkara itu namun jika tiada jawapan beliau sendiri bersedia menyerahkan dokumen berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

Tuesday, February 7, 2012

HINDRAF SAMAN RM 55 BILLION KEPADA DS NAJIB.

Macam haram jadah puak Hindraf nie, macam dah takdak game lain. Politik Murah...

Permainan puak2 nie semua org boleh baca, bila PRU nak mai diorg sibuk nak saman org tue la org nie la.. Macam biasa puak2 Hindraf nie akan cuba memecah belahkan komuniti kaum India untuk memberi ruang menang pada pakatan rakyat.

Tapi yang kelakarnya, 3 Tahun pemerintahan PR takdak pun selesai masalah kaum India seperti contohnya di Kg Buah Pala, Kedai-kedai Makan di Taman Pelangi, masalah penduduk Kg Asam, masalah tanah di Selangor spt di Ijok dan macam2 lagi pun Tidak Selesai..

Puak2 nie juga lupa bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah banyak membantu dari segi membuat Sekolah2 Kebangsaan India, Bantuan Pendidikan kepada kaum India, Ekonomi, Sosial dan macam2 lagi sejak dahulu lagi hingga sekarang.

Huhh... Seperti Kacang Lupakan.. Jom Baca Artikel yang dipetik daripada KLPost.

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) bakal menfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM55 billion.

Saman ini didakwa atas tuduhan diskriminasi Kerajaan pimpinan Pengerusi BN itu terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta selama 55 tahun.

Perkara ini disahkan Pengasas Badan Bukan Kerajaan itu yang menjelaskan mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

"Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini

P.Uthayakumar dan M.Manoharan juga menjelaskan, saman tersebut bakal difailkan pada hari Khamis ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta.

ANUAR DIKECAM DI INDONESIA.

Tindakan Anwar yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.

Sehubungan itu, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan.

''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya.

Beliau dipetik berkata demikian dalam akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia yang disiarkan hari ini.

Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan anwar itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Hery seterusnya secara terbuka menyifatkan tindakan Anwar itu bermotifkan politik bagi meraih simpati dan sokongan Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara Barat.

Namun tegas beliau, langkah Anwar tersebut terlalu berisiko, khususnya bagi umat Islam di Malaysia mahupun antarabangsa.

''Rakyat boleh sahaja menilai Anwar mencari simpati untuk kepentingan politik jangka pendek, iaitu bagi meraih kejayaan dalam pilihan raya umum Malaysia tidak lama lagi,'' katanya.

Kata Hery, tindakan Anwar membuat kenyataan sedemikian dalam isu melibatkan Palestin dan Israel hanya akan menguntungkan kerajaan Zionis tersebut.

''Saya berharap Anwar akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada media kerana tindakan boleh menyebabkan simpati rakyat kepada beliau boleh berubah sebaliknya,'' katanya.

SALAM MAULIDUR RASUL.. JOM KENALI BAGINDA SAW.

Baginda SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, namun apabila berjalan bersama para sahabat, baginda SAW kelihatan lebih tinggi dari mereka. Tetapi apabila baginda berjalan sendirian, baginda nampak sederhana ketinggiannya.

Baginda SAW pernah bersabda bahawa orang yang bertubuh sedang dikurniakan banyak kebajikan. Warna kulit baginda adalah azharul-laun – putih gemilang bercahaya - tidak bercampur dengan kuning, merah dan lain-lain.

Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.
Berambut ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting. Apabila baginda menyikat rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir. Rambutnya mencecah bahu.

Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 17 helai.
Wajah baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak daripada Nabi Allah Yusof a.s. dan disamakan dengan bulan purnama.

Dahi baginda SAW luas, dan kedua bulu keningnya melengkung (ada yang menyatakan kedua-dua keningnya bersambung) Ruang putih (ablaj) yang kecil di tengah-tengah keningnya seolah-olah perak yang putih bersih.

Kedua matanya adalah lapang, sangat hitam mata hitamnya. Bulu matanya tebal. Berhidung mancung. Giginya jarang tersusun dengan baik. Baginda tenang dan bercahaya di wajahnya apabila ketawa atau tersenyum.

Kedua pipinya adalah menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang, tidak bermuka bulat. Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai.

Lehernya adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT. Tidak dapat dikatakan panjang atau pendek. Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur emas yang berkilauan dalam keputihan perak dan kemerahan emas.

Berdada lebar/agak sasa – seperti cermin ratanya – seperti bulan putihnya. Tidak berbulu dada kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat baginda.
Kedua bahu baginda besar/agak sasa dan terdapat cap kenabian* di antaranya. (Tanda hitam bercampur kuning sedikit)

Tangan baginda besar/agak sasa dan anak-anak jarinya seolah-olah ranting-ranting perak. Tapak tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum. Apabila tangannya diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali anak-anak kecil berkenaan bahawa itu adalah baginda SAW menerusi keharuman tangannya.

Kakinya juga besar/agak sasa.
Tubuh baginda sederhana besar dan seolah-olah tidak dimamah usia dari baginda muda sehinggalah akhir hayatnya.

Baginda berjalan seolah-olah menuruni batu besar, melangkah condong dan al-huwaina – berdekatan langkah kaki tanpa berlenggang. Baginda bersabda bahawa rupa paras/bentuk tubuh/budi pekerti/akhlak baginda adalah menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah Ibrahim a.s.

(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai )

Friday, February 3, 2012

KES BLOGGER SAMAN YANG BERHORMAT..!!

Walaupun agak terlewat KC menulis isu rakan KC iaitu Blogger Sekupangduas berhubung saman beliau ke atas Si Komeng, KC ingin jugak mengingatkan rakyat bahawa ianya bukan isu baru atau lama, tetapi ia adalah berkenaan siapa salah siapa benar.

Sekupangduas bersama peguamnya yang telah menghantar fail saman ke atas YB DAPig si Komeng atas dasar saman balas. Ini adalah berikutan dan tindakan balas atas dakwaan adun DAPig tersebut. Saman berjumlah RM11 juta itu difailkan ke atas Si Komeng itu.

Pendapat yang ditanya dari beberapa peguam dan orang awam menyatakan bahawa nilai yang diminta kepada Blogger Sekupangduas sebanyak RM10 juta itu adalah tak masuk akal dan tak berpadanan dengan nilai dirinya.

Si Komeng sepatutnya bersedia untuk membela diri atas tuduhan salah- guna kuasa itu bukan dengan tunjuk hero konon tidak bersalah dan cuba untuk mengertak blogger tersebut dengan menyaman Sekupangduas.

Apa-apa pun KC ucapkan tahniah kepada Sekupangduas kerana dapat jugak peguam yang bagi membantu beliau. Pada mulanya ada jugak ura-ura rakan-rakan Blogger PCT ingin mengadakan kutipan bagi membiayai urusan mahkamah Sekupangduas, alhamdullilah berhasil jugak.. Inilah berkat bila kita menyatakan kebenaran...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...