Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: April 2012

Pages

Tuesday, April 24, 2012

SEBARKAN : LANSKAP POLITIK MALAYSIA BAKAL BERUBAH WAJAH SEKIRANYA DAP MENANG PRU 13..??

Tolong sebarkan jihad kita ini kpd semua umat Islam tanahair akan perancangan kafir DAP yg cukup membimbangkan kita dalam PRU13 ini. Ini dikatakan sendiri oleh seorang BEKAS setiausaha sulit Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, En. Mohd Razali bin Abd Rahman

"Perancangan Kotor DAP Jika Menawan Putrajaya"

1. Malaysia akan bertukar menjadi negara republik.

2. Agama Rasmi Kristian.

3. YDPA/ YDPN perlu dilantik darr kalangan bukan Melayu.

4. Sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan.

5. Laungan azan tidak dibenarkan waktu Subuh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta perlahankan) coz azan menganggu Cina nak tido dipagi hari.

6. Pertandingan Tilawah Quran juga akan dihapuskan. Coz membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun x buat pertandingan sebegini.

7. Badan NGO berteraskan perjuangan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).

8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.

9. Anak yg baru lahir x semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.

10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.

11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan di sekolah. Nak belajor hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga diajar di sekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan di sekolah.

12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan diberi gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.

13. MARA Akan dibubarkan coz jabatan RASIS hanya untuk org Melayu semata-mata.

14. Syarikat GLC akan diterajui oleh org bukan Melayu. Org Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.

15. Lagu negaraku akan diubah suaikan. Di PRN Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja ke Putrajaya dan tubuhkan negara republik.

16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja.

17. Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.

18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangan terutamanya kementerian pelajaran coz nak bawa masuk lebih ramai orang Cina & India.

19. 3 agensi Akan ditutup BTN, KEMAS Dan MKN.

20. Good Friday Dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.

21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia.

22. DAP dapat 300 jutaUSD diberikan oleh yahudi & duit diparking di bank Singapura sementara waktu standby utk PRU 13 nie.

23. Base Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.

24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC.

25. Wang zakat akan diguna sama oleh orang bukan Islam.

26. Mahkamah Syariah dibubarkan.

27. DEB akan dimansuhkan.

28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS).

29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sbg Menteri seperti Dato' Jamil Khir.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 23, 2012

PANAZZ : SEORANG LAGI BLOGGER PAKATAN PEMBANGKANG BAKAL DI SAMAN

Rupa-rupanya, pengumuman pemimpin muda GERAKAN, Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN negeri Pulau Pinang yang baru telah mendatangkan resah kepada parti pembangkang dan media mereka.

Malah, pengumuman yang dibuat sendiri oleh Najib Razak semasa lawatan kerja beliau di Pulau Pinang kelmarin telah disusuli dengan pelbagai fitnah dan tuduhan melulu yang menunjukkan kecetekan ilmu politik pihak tersebut.

Di antara yang paling teruk ialah artikel di bawah oleh media pro-pembangkang yang memfitnah kononnya NGO Pulau Pinang telah menghantar kek kepada Najib Razak.

Padahal, kek-kek tersebut sebenarnya adalah hantaran kepada Lim Guan Eng DAP, merangkap Ketua Menteri negeri merangkap kroni tegar Kit Siang rasis tidak lama dulu sebagai simbolik ketidakefesienan beliau menjawat jawatan tertinggi negeri Pulau Pinang.

KC diberitahu bahawa Pengerusi NGO yang telah difitnah itu, beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyaman blogger pro-pembangkang tersebut!

Nampaknya, akan ada lagi blogger pro-pembangkang yang akan menerima padah kerana menabur fitnah.

Di bawah adalah foto dan entri berunsur fitnah yang ditulis oleh media pro-pembangkang itu:

Sunday, April 22, 2012

PANAZZ : AHLI PARLIMEN PEMIMPIN PEMBANGKANG AKAN DI DAKWA.

DAKWAAN MENTERI BELANJA ZAHIDA RAFIK RM 1.4 JUTA !

Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.

Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012

KC : Kita tunggu Mak Lampir nie keluporr yob...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 19, 2012

PANASS : SATU LAGI KEBIADAPAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP INSTITUSI RAJA MELAYU.

Pakatan Rakyat yang menjadi penganjur BERSHiT sudah mula menunjukkan kebiadapannya kepada institusi Raja terutama sekali di Negeri Perak ini dengan cuba untuk menganjurkan perhimpunan haram pada malam ini 19 April iaitu Pra Bersih Peringkat Negeri Perak di Tronoh.

Meletakan tarikh pada hari tersebut pun kita sudah cukup maklum, seolah-olah BERSIH memang mahu persendakan Sultan Perak maupun Institusi Kesultanan itu sendiri. Tarikh tersebut juga merupakan hari keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan. Sultan Perak sendiri juga telah membatalkan majlis sambutan kali ini, orang Perak memang cukup faham dan menghormati apabila sambutan dibatalkan kerana rakyat masih berkabung bila Anakanda Sultan Perak yang baru sahaja mangkat.

Mat Sabun sendiri akan menjadi kepala khianat dalam perarakan Bershit di Tronoh itu nanti, manakala Speaker meroyan Siva juga akan turut hadir dalam demonstrasi, kita memang amat tahu Mamat ni memang suka sangat bab-bab mencari popular ni, sebelum ini selagi longkang, jalan, lampu jalan dan lain-lain kerosakan yang kita pun tahu tanggungjawab majlis daerah memang akan diselesaikan sekalipun komplain itu datang sesapa saja.

Seluruh kawasan Dun Tronoh hanya ada. 5 RIBU lebih pengundi MELAYU. Kenapa memilih lokasi kampung Melayu untuk bershit? Sedangkan pengundi bangsa CINA yang merupakan majoriti BESAR malah Speaker Gila ini juga merupakan Adun bagi kawasan Tronoh dari DAP tidak terus menjadikan Kampung-kampung Baru (cina) sebagai lokasi perhimpunan haram bershit ini?

Parlimen Batu Gajah memang dari dulu dikuasai oleh DAP selama ini langsung tidak pernah ditawarkan kepada sahabat parti mereka sebaliknya diperah selagi boleh jadi cacaian mereka terutama PAS hinggalah kepentas Ceramah perdana PAS sendiri sekalipun Ucaptama tentunya milik DAPig. Bukan setakat ceramah... Cacaian PAS akan komit sehingga tahap meroyan dan takbir untuk sokongan kepada Kafir Harbik sebagai Big Boss. Kali ini minoriti kaum (melayu) terutama PAS yang menjadi kaldai mereka sebagai pencacai untuk menghina Sultan dan Institusi Raja Melayu.

Hampir 60,000 pengundi Cina yang ada tentunya akan bertepuk tangan melihat sarkis cacaian Mereka. Kenapa tak kerahkan mereka dan beri tanggung jawab ini kepada mereka. Bukankah sehingga hari ini DAP yang memonopoli semua 3 Dun dan Parlimen Batu Gajah dan untuk PAS jangan mimpilah kalau pasang angan-angan untuk jadi Adun sebaliknya cacaian adalah tugas utama selamanya

Tujuan mengadakan Perhimpunan Bershit peringkat negeri ini juga sebenarnya adalah bagi tujuan membalas balik apabila Khamis lalu (12.4.2012) bila MB Dr Zambry Kadir turun padang ke Tronoh bertemu rakyat. Itu sebabnya bershit semana mungkin diusahakan dikampung Melayu. Kamuntingcentral juga dimaklumkan oleh Blogger Sekupang bahawa hamba Allah ini terperangkap dengan pujuk rayu bershit ini, dikhabarkan penduduk kampung atau jiran memang tidak meyenangi kehadiran Bershit oleh Pakatan Rakyat. Bagaimana pun macam biasa pencacai akan diimport ke Tronoh bagi menampakkan seolah sambutan hebat. Pihak POLIS juga tidak keluar sebarang permit untuk perhimpunan Bershit Nampaknya kebimbangan Siva amat ketara kerana kawasannya semakin tak selamat...

MALAM INI SESIAPA YANG HADIR DI PERHIMPUNAN HARAM DI TRONOH ADALAH PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA NEGARA.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 17, 2012

PESANAN BUAT PENYOKONG & PENGUNDI PAS PADA PRU 13.

Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru. Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.

Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL). Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.

Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka. Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam.

Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.

Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam.

Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi.

Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan.

Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.

DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun. DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.

Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka. Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam.

Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina. Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.

Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.

Namun, yang mengambil 'tugas' berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.

Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP. PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi. Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato' Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR. PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah.

Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.

Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu? Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.

Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP. PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara. Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.

Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP. Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya. Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.

Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.

Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.

Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini. DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya….

OB21.NET http://ob21.net/?p=2589
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 12, 2012

APAHAL DENGAN PAS NIE..???

Apabila satu demi satu kontroversi dan masalah melanda PKR, mereka berasa beruntung apabila Pas muncul menjadi pembela setia mereka. Berbanding DAP yg lebih kerap berdiam diri dalam memberi sebarang ulasan terhadap isu melibatkan pemimpin PKR, pemimpin Pas jauh lebih taksub mempertahankan rakan sekutunya.

Baru2 ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, parti itu akan tetap bersama Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Ia bermakna apa kontroversi yg dicetuskan oleh Anwar termasuk menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel, Pas tetap akan bersama Anwar. Dan beberapa hari lalu pula, Presiden Pas, Hadi Awang pula muncul membuat kenyataan bahawa segala tuduhan dan dakwaan ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanyalah fitnah dan mainan politik pembangkang.

Walaupun kontroversi melibatkan Anwar dan Azmin bukan sahaja disertakan dengan bukti dan cabaran namun pemimpin2 Pas mengamalkan sikap memejamkan mata sahaja. Mereka tidak mahu dalam keghairahan yg semakin memuncak untuk bersama2 PKR dan DAP menawan Putrajaya, ia dibantutkan dengan isu yg melanda pemimpin2 PKR.

Oleh itu walaupun amat memahami bahawa tindak tanduk pemimpin2 PKR telah menghakis imej pakatan pembangkang dan mencalarkan harapan bagi melihat rakyat menyokong pakatan berkenaan dalam pilihan raya namun pemimpin Pas tidak ada pilihan.

Mereka sanggup mengetepikan soal mencari kebenaran dan menegakkan keadilan semata2 untuk memastikan kepentingan politik mereka tidak terjejas. Sebab itulah Pas pada masa ini dilihat benar2 sudah terhakis jati diri mereka dan sanggup bersedia berkompromi dalam apa juga perkara demi kepentingan politik. Walaupun tindakan pemimpin2 PKR dilihat turut sama menjejaskan imej Pas, namun Pas tidak berbuat apa2 malahan mereka terus istiqamah untuk bersama2 dengan PKR dan DAP.

Di Kota Bharu baru2 ini, pemimpin Pas bersama2 dengan Anwar mengadakan ceramah perdana.

Pada Sabtu lalu, pemimpin2 Pas sekali lagi berada sepentas dengan pemimpin kedua2 parti berkenaan atas nama Munajat Perdana Mempertahankan Selangor. Tetapi semua orang tahu apa yg berlaku di negeri berkenaan, apabila Pas yg turut serta dalam pentadbiran kerajaan PKR Selangor hanya sekadar 'pak turut' sahaja.

Pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali daripada Pas berikutan tindakan beliau ingin mempertahankan prinsip perjuangan parti itu sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak ada apa2 kuasa. Di kalangan pengikut di peringkat akar umbi mereka semakin keliru dan tertanya2, apakah Pas kini sudah semakin lemah sehingga terpaksa berkorban apa sahaja demi meraih kuasa bersama kedua2 parti berkenaan.

Perasan muak dan bosan dengan keterujaan pemimpin2 Pas mempertahankan salah laku pemimpin PKR semakin ketara di kalangan ahli2i akar umbi.

Selain itu, mereka juga bimbang semangat untuk berjuang habis2an di kalangan ahli Pas semakin luntur dan terhakis kerana pembangkang dilihat sudah ketandusan isu.

Keadaan itu ditambah pula dengan kerajinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang bertemu rakyat. Langkah kedua2 pemimpin negara itu benar2 memberi tamparan hebat kepada pembangkang memandangkan rakyat semakin merasai siapa sebenarnya memperjuangkan nasib mereka.

Apa pun yg lebih menjadi persoalan ialah mengenai masa depan politik Pas. Parti itu dilihat bukan sahaja semakin goyah di Kedah malahan semakin tergugat di Kelantan. Begitu juga di seluruh negara, di sesetengah negeri, Pas dilihat tidak ada harapan untuk memenangi kerusi yg banyak kerana rakyat terutamanya orang Melayu semakin meragui keupayaan parti itu. Segala2nya kerana Pas pada masa ini dilihat terlalu bergantung kepada PKR dan DAP serta berupaya untuk menunjukkan ketegasannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Sikap Pas yg terlalu bertolak-ansur dan tidak tegas apabila berhadapan dengan isu2 melibatkan pemimpin2 PKR dan DAP telah memungkinkan parti itu dilihat semakin tiada prinsip politik. Lebih mengecewakan pengikut parti itu sendiri, Pas juga bersedia bersekongkol dengan mainan janji2 pemimpin2 PKR, biar pun mereka tahu ia sukar untuk dilaksanakan.

Justeru, ramai yg berpandangan jika Pas terus bersikap dengan demikian, tidak mustahil parti itu akan mencatatkan prestasi paling buruk dalam sejarah penubuhannya dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kita percaya, Pas tidak akan mempercayai fakta berkenaan kerana mereka sudah 'dibuai mimpi indah' ke Putrajaya, biar pun semua orang tahu itu hanya sekadar satu mimpi!

Wednesday, April 11, 2012

GEGARAN GEMPA BUMI DI UTARA TANAH AIR.

Pada seketika tadi jam 3.35 petang hingga 3.40 petang tadi di sekitar Perak , Kedah, Pulau Pinang dan Perlis berlaku gegaran.

Maklumat semasa Queensbay di kosongkan bagi mengelakkan terjadinya runtuhan.

Dikawasan penempatan perumahan orang ramai keluar dari rumah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.....

Amaran ambil perhatian anak-anak anda waktu masa ini...

PEMBOHONGAN NIZAR MALANG BAGI RAKYAT PERAK.

Nizar didapati berbohong : Apabila kononnya dia tidak mendapat peluang yg cukup utk berbahas mengenai masalah DUN Pasir Panjang dan soalan2 nya tidak dijawab.

Faktanya dan realitinya : TIDAK ADA satu soalan lisan atau soalan bertulis sejak beliau menjadi wakil rakyat mengenai Pasir Panjang. Malah dalam masa perbahasanpun tidak ada satu soalanpun dibawa mengenai Pasir Panjang.

Yang dibahas adalah maki hamun orang da berceramah spt dia selalu buat di pentas-pentas ceramah. Dia kata tak ada masa. Bohong!!!. Dia diberi peluang berbahas secukupnya sbg ketua pembangkang.

Ngeh pula walaupun dapat masa kurang drp Nizar, tetap bawa masalah kawasannya. Nizar kata waktu zaman PR, DS Tajol diberi masa sampai 2jam setengah. Bohong lagi!!!

Lepas tu dia kata masalah dikawasannya sudah diselesaikan dgn efisyen melalui pejabat wakil rakyatnya. Bohong!!!. Ramai orang marah. Sebenarnya dia tak peduli masalah rakyat yg diwakilinya.

Amat malang bagi rakyat yang diwakili oleh Nizar kerana dia tidak memanfaatkan ruang yang ada untuk mengangkat serta menyelesaikan masalah rakyat.

Bila dah jadi wakil rakyat, maknanya dia kena memberikan yang terbaik untuk rakyat dalam kawasan dia. Tak kira isu personal atau isu yang melibatkan rakyat. Selain dari menyelesaikan isu dengan segera, tugas dan tanggungjawab wakil rakyat ialah membangkitkan isu dalam Sidang Dewan.

Memohon peruntukan, membawa isu-isu besar untuk perhatian pihak berwajib untuk diselesaikan. Nizar sebagai wakil rakyat Pasir Panjang, takde pulak membawa isu setempat kedalam dewan. Samada soalan lisan atau oun bertulis. Habis macamana pihak berwajib nak bantu selesai masalah di Pasir Panjang?

Tuesday, April 10, 2012

PRU-13: SELAMATKAN ISLAM, MELAYU, RAJA

Pengundi, khususnya di Pulau Pinang perlu menjadikan PRU-13 sebagai peluang untuk menyelamatkan serta melindungi hak keistimewaan Islam, Melayu dan institusi raja daripada dihapuskan oleh pihak2 tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang.

Undi mereka akan menjadi penentu kerajaan mana yg boleh dipertanggungjawabkan mempertahankan ketiga-tiga keistimewaan tersebut yg termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai orang Islam mereka wajib mempertahankan ketiga2 perkara itu dan memilih pemimpin yg benar2 dapat menyelamatkannya.

Lihat apa jadi di Penang. Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu berikutan keengganannya untuk berjumpa beberapa NGO Islam bagi berbincang mengenainya sejak mentadbir Pulau Pinang pada 2008.

Dia bukan sahaja tidak mahu berjumpa, malah 21 NGO Islam pernah dihalau dari pejabat Ketua Menteri oleh Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Orang mcm ni ke yg nak kita biarkan memerintah negara? Pilihan terletak ditangan kita. Jangan buat silap lagi dalam PRU-13 akan datang.

Thursday, April 5, 2012

MEMANG BETUL LA NIZAR BERBOHONG.

Siri kemunafikan Pas terbongkar lagi bila tindakan bekas MB Perak yg pernah menganjurkan DUN bawah pokok itu, Mohammad Nizar Jamaluddin membantah pembinaan hab pengagihan projek bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut, memakan diri sendiri apabila didapati beliau sendiri lah sebenarnya yg menandatangani surat menyokong projek itu.

Mohammad Nizar hari ini mengaku bahawa beliau menandatangani satu surat bertarikh 17 Disember 2008 yg menyokong pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale International (Vale) di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar Perak.

Pengakuan ADUN Pasir Panjang itu membuktikan kenyataan2 beliau sebelum ini kononnya tidak bersetuju projek tersebut dilaksanakan di Teluk Rubiah dan mencadangkan kawasan lain di Tanjung Hantu, Segari ternyata suatu pembohongan.

KC : Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencurikk...

Monday, April 2, 2012

BONGKAR!!!!! BUKTI DOKUMEN : SELEPAS NGA KOMENG, KINI NIZAR PULA.





Pertama sekali KC ingin mengucapkan terima kasih kepada Blogger Angkatan Pemikir yang telah mendedahkan cubaan Nizar untuk cuba menjual tanah semasa 11 Bulan pemerintahan pakatan haram judah di Perak.

Tetapi mungkin disebabkan Allah masih sayangkan rakyat Perak, cubaan Nizar itu tidak ditunaikan malah pakatan haram jatuh tersungkur akibat dek gelojoh membaham hasil bumi Perak.

Walaupun begitu, tindak tanduk bodoh pakatan haram ini dapat dikesan oleh Blogger Pro BN dan hari Nizar harus menjawab bukti dokumen ini kerana iyanya melibatkan jutaan ringgit.

Kalau beberapa bulan yang lepas Si Nga Komeng didedahkan dengan penyelewengan berkenaan tender pakaian yang mana tender itu diserahkan kepada bininya oleh Bloger Sekupangduas, hari pula penyelewengan oleh Si Nizar Lambai pula.

Rakyat Perak harus sedar dan perlu menolak pemimpin seperti ini yang hanya tahu untuk mengagau apa sahajalah yang terhidang di depan mata. Pakatan Haram hanya tahu mengambil kesempatan atau lebih tepat Ambil Mana Yang Sempat.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...