Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Gadis Dakwa Diperkosa Tauke CD

Pages

Sunday, December 2, 2012

Gadis Dakwa Diperkosa Tauke CD




Seorang penjual video cakera padat (VCD) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang pelajar, akhir Januari lalu.


Tertuduh, Mohd Solehan Osman, 22, didakwa merogol seorang gadis yang berusia 22 tahun di sebuah hotel di sini kira-kira jam 4.30 pagi, 31 Januari lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Hakim Nu'aman Mahmud Zuhudi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Disember ini bagi sebutan semula kes itu.


Dalam kes yang berasingan di mahkamah yang sama, seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis, dekat Pontian, Sabtu lalu. Tertuduh, Mohd Radzuan Abd Karim, 63, dituduh melakukan perbuatan terhadap gadis berumur 27 tahun itu di ruang tamu sebuah rumah, kira-kira jam 10 pagi.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Hakim Nu'aman membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.


Kedua-dua pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. Salam Perkenalan dari KLPOS News Media : www.klpos.com

    Blog anda sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

    Di harap dapat berkongsi maklumat bersama kami.

    Mohon jasa baik anda agar turut memberi ruang kepada KLPOS disenaraikan menerusi senarai blog pilihan di blog anda.


    Sekian. Jutaan Terima Kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...