Setelah setahun memendam rasa, bapa kepada penyanyi berbakat besar, Najwa Latif akhirnya tidak mampu lagi membendung kesabaran dengan perihal anaknya itu.
Dipetik daripada akhbar Berita Harian, Abdul Latif Ismail, 51, menjelaskan bukanlah niatnya untuk membuka pekung di dada, tetapi mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata.
Latif dikatakan sudah lama ingin menjelaskan kedudukan sebenar hubungan bersama anak yang dikatakan keruh. Namun, mengenangkan Najwa bakal menghadapi peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Latif tidak mahu tindakannya mengganggu tumpuan Najwa.
"Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.
"Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian," ujarnya hiba.
Media Hiburan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment